Wednesday, February 19, 2025
Selamat Tahun Baru!! Same ole, same ole. Tak banyak benda berlaku, menda besar, menda kecik.... Sampai ke Cameron Highland, ayah belanja. Kali ni ibu tak sampai ke Pasar Malam since Kakak Aisyah tertido,...so ayah gie ngan boys & Nana, then u turn and hantar Nana yg tertido pulak. Last sekali baru dapat bawa balik food. Pusing ke Teh Boh plantation, best jalan sampai ke atas, cuma tak masuk ke kilang. Aiskrim sedap, tester teh pun sedap. Nak gie ke Misty Mountain, eh...Misty Forest tapi jalan kena tutup sebab tanah berlubang teruk. Pusing ke Rumah Kucing, er tuh je la. Hobbiton, Lavendar, etc semua tak jadi masuk sebab mahal fees masuk. Wakaka. Kira la 3 dewasa and 3 kanak-kanak, nangis mak pak weh...baik duit tuh beli stroberi... Kak Hana dah kawen! Nice event, cuma kami tak dapat nak tolong banyak2, kena jaga Nana. Wedding sangat posh, lawa sangat pelamin2nyer ngan khemah2....Pengantin pun cantik sangat. Makanan super sedap. Abang Asyraf jadik courier ibu, dia akan bawa masuk sample (dia nak makan) then ibu buat muka comel, so dia kena pusing amik lain kat ibu. Kakak Aisyah dapat kawan se-gang ngan anak2 Mok Hawa, diorg lepaks kat rumah Cik Ngah, siap Kak Sofea bawa gie shopping mall. Dapat slime and another trip dapat set lunch box Kuromi. Thanx a lot Kakak Sofea. (Sorry no pix sbb ibu tak reti nak transfer dari tepon ke laptop, banyak sangat undang2 now). Sampai ke Kenyir Elephant Conservation Village. Naik ke jambatan tali yg tinggi2 tuh, Nana sakit jari kaki so asyik minta dukung aje. Hilang napas dukung dia naik tangga, tinggi pulak tuh. Sempat kasi makan gajah (abang Adam aje kasi ngan ayah), naik gajah. Nana memula nak naik gajah ngan ayah, tapi ayah dah naik ngan Abg Adam and Kakak Aisyah. So dia kena naik trip ngan ibu, tetiba nak naik, meraung2 tanak pulak. Well, since dah bayar, ibu cempung dia la naik gajah. Hah!! Ngan Mahoot tuh sekali menjerit2 sbb Nana nak terjun dari gajah, Ayah belanja naik bot penambang ke Pasar Payang. Best naik bot...cuma ayah kata bot skang laju, dulu lama nak menyeberang tuh. Sempat pusing Pasar Payang lama and baru. Sempat tgk persembahan tarian tradisi budak2 menari. Sedap Kopi Nisan...bukan Batu Nisan yer, maNisannnn...Nana sempat gaks buat aksi Houdini dia. But we are good now dalam SOP Houdini Nana...yeah, we are naming that now. She also have the nickname of Goddess Athena, the Destroyer. (That was detailed in a story a few years ago). Well, itu jela citer kami. Simpan sini bukan nak menunjuk, but more for memories later. Ibu have memories of a gold fish, so simpan sini dengan harapan later2 boleh baca and ingat semula.
Friday, September 20, 2024
Jalan-jalan Balik Kampung. Mok Hanim menikah dan majlis kahwin on 16 Sept 2024. Selamat mendirikan rumah tangga dan semuga berbahagia to Jannah. A very beautiful wedding, cuaca yg sangat cerah, makanan yg sedap, venue yang sangat-sangat cantik dan ramai yg hadir. We really lurve the wedding venue ni. Dapat kumpul ramai2 sambil makan rambutan, gie naik Drawbridge, main pantai, naik bot pusing2, makan kenduri. Tho Nana asik pusing amik ice-cream sampai abis penat semua org abiskan cones dia. Ibu sampai kena bawa dia ke abang ais-krim and minta tolong jangan kasi lagi kat budak cumei tuh. Majlis akad nikah Tiga kanak-kanak riang. My macho tween. Baby buchuk2...nangis sebab ibu tanak dukung dia. Ibu model kut, camna nak catwalk sambil dukung si cumel ni, patah la my stilettos...Thank you kakak Una for the cekak and getah rambut yg sangat cantik. Simpan gambar ni di sini. Susah wo nak dapat the whole team. Drawbridge!! Playing tourists for the day. Main pantai jap. Maceh ayah for the lovely jalan-jalan....or should I say....on second thought...well, maybe not.. Don't ask how long we took from Selangor to KT and the trip back. Senang citer, bangun, tido, bangun, tido tak sampai lagi laaa.... Tuesday, May 28, 2024
Jalan-jalan ke Kotaraya
Last few weeks ago, 11 May 2024...we went jalan-jalan to KL. Target area KL Bird Park. So, Tugu Negara, Butterfly Farm, Muzium Kesenian Islam and a few taman hopefully. Kami bertolak early in the morning, selepas beli nasi lemak bungkus. Ingat nak pergi makan kat Sunken Garden, tapi dah blocked, sib baik ada 1 brader ni kasitau so kami sempat buat u-turn and terus tersesat ke Tugu Negara. Breakfast kat tepi tuh and then start pusing the Butterfly Farm. After that, gie ke Bird Park...tapi persembahan burung dibatalkan. Huhuhu. Lepas tuh, berenti jap kat Masjid Negara....proceed ke Muzium Kesenian Islam. Punya penat kaki, tak daya nak naik ke tgkt 3. Lepas Nana minta pak security dukung, ibu bawak lari dia. Hehehe. Since semua dah penat, lapar dan hari hujan ribut...kami lari balik ke tepi sarang, makan Nandos. Yeay. A very tiring day but memorable. Last sekali masa kat D'Pulze, jumpa orang tengah buat Cosplay. Apa lagi... Wednesday, August 23, 2023
Went for office event after a very long hiatus. Orang opis tuk bising2 sebab K Ina selalu missed events, macam2 alasan, mengandung la, anak kecik la, hubby outstation la....since dapat greenlight, last weekend pegi la. Kali ni kat A Famosa Resort Villa, San Casa. Lepas kelas Cambridge, pusing2 carik stokin bergrip Asyraf, around kul 12, kitorang pun start bertolak. Tgh jalan sempat jumpa abang2 askar bawak tanker untuk Hari Kemerdekaan. Excited bebdk dapat lalu sebelah tanker. Stop lunch kat Asam Pedas Simpang Empat. Tuk kalut nak duduk, toleh belakang nampak si Hadi, wife Norwahida and heroes dia 2 orang. Thanx Hadi and family for belanja kami makan. Lepas tuh, terus gie ke San Casa, meet all the lovely spouses yg tak pernah jumpa. Then settle down, games/pool/appreciation/bbq/makan durian/games lagi/sembang2/gelak2 dan makan tak berenti/tido/breakfast/pool/kemas2 barang. Lepas tuh, pusing Safari Wonderland tgk shows and animals. Sempat tgk Fun Animal shows and Bird Shows aje, then pusing tgk zirafah/gajah/harimau/singa/cheetah. Abang Asyraf dah cakap tak larat, but ibu insist nak tgk harimau gaks. Set dia duk kat pintu depan sementara ibu nak cari kawasan rimau, tetiba dia lari datang kasitau dia jumpa House of Reptiles. We found out that Nana is afraid of ALL animals especially Snakes. Tak sempat tgk Koboi and Gajah shows sbb all dah penat and lambat. Then makan kat Freeport, tangkap gambar kat kapal terbang...memula nak naik since bebdk teringin nak tgk dlm kapal terbang tapi the whole 10-15 mins kat situ, tak bergerak queue hatta setapak ke depan pun. Then, we all bergerak to the real A Famosa pulak. Sempat la sembang2 ngan Abg Adam/Asyraf bercerita tentang Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah dan the variations of cerita dia dalam kereta. Pusing2 sesat kat Bandar Melaka cari parking (well, ibu sentiasa sesat as usual). Jalan dari parking ke A Famosa, abang Adam aje yg kuat leh naik ke atas kota dia. The rest kami lepaks aje kat bawah sembang2. Then lepas tuh, pusing2 cari air Coke kakak Aisy ah sampai sesat terjumpa kapal besau atas darat and kapal TLDM. On the way balik, berhenti makan kat R&R Seremban, dapat Happy Meal ngan toys. Sempat boys mengadu kat kakak manager yg diorg beli Happy Meal kat kawasan rumah tapi dapat Barbie aje, tak de notification Nerf toys dah abis. Siap kakak tuh pesan, ada 2 jenis Nerf toys nih, kalau nak tukar, minta aje kat abang kat kaunter. Nyer baik kakak manager tuh layan diorg, sempat melepak berempat depan toys display. Sampai rumah 10 pm lebih. Hehehe. Naik atas terus sambung pengsan kakak Aisyah and abang Asyraf. Adam aje cool siap sempat buat jadual untuk Isnin. Nana tanak tido, tuk melompat2 main...then tetiba tersenyap...rupanya tido. Overall, an experience that would not be easily forgotten.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |