Thursday, January 30, 2014
 

Citer semalam, Abang Asyraf.
Kat dalam bilik ngan ibu dan Adik Adam. Ibu dalam proses dodoikan Adik Adam.
Asyraf : Bu, tengok nih, resaksa.....Oooooo...
(Bunyik pintu bilik sebelah...keroookkkk, kreeoookkk)
Asyraf : Apa tuh, bu?
Ibu : Uh, tuh nenek. Nenek baru lepas solat.
Asyraf : Nenek? Nenek kebayam?
Ibu : Errr....(tak paham)
Asyraf : Nenek kebayam. Gigi....(sambil tunjuk giginya)
Ibu : Wakakakaka.....nenek kebayan??
Adik Adam : Ayayayaya...
(Nape ibu guling-guling nih?)
(Guling-guling-guling lah sekali)


 


Wednesday, January 29, 2014
 


Citer Abang Asyraf
Citer 1
On the way ke taska. Pemandu motosikal memotong kereta dengan laju.
Asyraf : Lajunyeeerrrr.
Ibu : Ha ah, lajukan. Abang nak pegi work tuh.
Asyraf : Idak. Abam nak pugi kolah. (Tidak, abang nak pegi sekolah)
Ibu : Oh, ye ker. Abang nak pegi taska kot.
Asyraf : Idak, abam nak pugi kolah. Nak pugi keyel.
Ibu : Errrr......pegi mana?
Asyraf : Abam nak pugi keyel.
Ibu : Errr....abang nak pegi.....KL?
Asyraf : (Sambil angguk-angguk) Ha ah.
Ibu : Wakakakaka.
Adik Adam : Uh.
(Sedapnyer keropok nih).


Citer 2
Awal pagi, kat kedai Nasi Kandar Beratur.
Asyraf : Ape nih?
Ibu : Nih nasik kandar. Mai ibu suap.
Asyraf : Tanak. Ayah.
Ibu : Ayah tolong suapkan.
Ayah : (suap nasi)
Ibu : Sedap tak?
Asyraf : Sedaaaapppp....Beshhhh..(Sambil angkat dua2 tangan dan tunjuk Best)
Ayah : (suap nasi)
Ibu : Sedap tak?
Asyraf : Bessshhh....Sedappp...Bedap..(Sambil angkat dua2 tangan dan tunjuk Best)
Ibu : Errr....
Asyraf : Bedapppp.
Ibu : Ape tuh bedap?
Asyraf : Beeesssshhh, sedaaaaap...bedap.
Ibu : Wakakaka.



Citer Adik Adam
Adik Adam : Uh.
Ibu : Adik Adam, nak pegi mana tuh?
Adik Adam : Uh. Heee...(senyum)
(Mana Ayah? Mana Abang Asyraf?)
Ibu : Jangan panjat ye, nanti jatuh. Banyak barang nih.
Adik Adam : Uh.
(Okay)
(Tapi, mana ayah dan Abang Asyraf?)
(Masuk bilik la)
Ibu : Nak gi mana tuh?
Adik Adam : Uh.
(Nak masuk bilik)
(Tapiiii...apa menda kat tengah nih? Tolak-tolak-tolak)
(Dah lepasssss...merangkak-merangkak-merangkak)
Ibu : Adik Adam...
Adik Adam : (Pusing balek)
Ayayayayayaya...Heeee (Senyum)
Ibu : Chak! Mana Adik Adam....
Adik Adam : Heee (Senyum)
(Best la main menda nih)
(Pusing merangkak, kuak-kuak-kuak, senyum kat ibu)
(Pusing balek merangkak, kuak-kuak-kuak, senyum kat ibu)
(Pusing balek merangkak, kuak-kuak-kuak, senyum kat ibu)
Ibu : Bestnyer Adik Adam main kain tuh yer.
Nenek : Habis la, masuk nyamuk la dalam bilik. Kalau kena getit ngan nyamuk, nih Adik Adam la main kain tirai.
Adik Adam : Heeee...(senyum)

 


Monday, January 20, 2014
 

Untuk ke sekian kalinya, daku takde akaun Whatsapp, Instagram dan Twitter. Daku juga tak enable intenet untuk tepon.

:)

Daku bukan giler atau technology phobic. Bukan juga berfikiran ala makcik dan nenekcik.

Daku melihat di alaf ini, betapa ibubapa dan mamapapa begitu ghairah berwhatsapp dan berintenet walaupun bersama dengan anak-anak yang tercinta. Kalau sesekali terleka takpe la jugak, tapi nih memang diabaikan terus anak-anak dan asik melihat henpon/tablet.

Kalau anda tak percaya, sila pergi ke klinik kanak-kanak yang berhampiran.

Daku antara ibubapa yang selalu lepaks ke klinik. Daku tengok ramai ibubapa asik tunduk ke lantai dan jari mengerumit main henpon/tablet. Anak-anak pulak main mainan sendirian atau tunduk tengok tablet diorang. Kesian bila tengok anak-anak diorang tengok ibu diorang, nak tunjuk pandai solve a puzzle atau share mainan ngan budak lain, (asking for approval lah) tapi ibu tak perasan. Last sekali, budak tuh pun tunduk main sendirian, walaupun bertemankan ibubapa.

Mungkin disebabkan daku baru mendapat anak di kala usia menjengok senja, jadi daku agak tersentuh ngan sifat 'tidak apa' ibubapa sekarang. Bukan senang nak kahwin dan bukan senang nak dapat anak, bila dapat dibiarkan pulak budak tuh main sorang-sorang.

Bila bersama anak-anak, apa salahnya letakkan henpon disebelah dan 'be there' untuk budak2 tuh. Be involved dalam mainan dia. Budak2 selalu nak approval parents dia, "Bu, nengok nih", "Bu, pandai tak Asyraf", "Bu, nih nih" dan memacam lagi gelagat dia yang nak disuruhnya tengok. Kalau anda terlepas saat itu, pastinya ia tidak akan kembali lagi. Takde mesin back-to-the-future. Dalam masa beberapa tahun lagi, dia dah capai usia remaja dan confirm tanak kasitau anda apa yang dia buat dah.

Daku bukan kata daku parent yang bagus, tapi daku cuba yang terbaik. Daku pun selalu gaks terleka tengok movie, iklan dan Asyraf kena panggil nama daku berkali2.



Disclaimer : Memang ada kes2 kecemasan (for services oriented jobs) yang memerlukan pekerja glued to the handphone, tapi takkan tiap2 hari kan. ;)
 


Thursday, January 16, 2014
 

Citer Abang Asyraf

Citer 1
Asyraf : (Sambil pegang patung resaksa dan ultraman) Bu, nak kopi?
Ibu : Nak.
Asyraf : (Kasi resaksa kat ibu) Nah, kopi.
(Then miming hisap straw kat kepala ultraman) Srooop, sroop. Dah abis.
Bu dah abis?
Ibu: Ha'ah, dah habis.
Asyraf : Bu nak kopi lagi?
Ibu : Ha, nak satu lagi.
Asyraf : (Sambil angkat tangan sebelah dan melihat ke tepi seolah2 ordering something) Abam, kopi satu.
Ibu : Erk.....


Citer 2
Asyraf : Bu, nak gi mana nih?
Ibu : Nak balek rumah la.
Asyraf: Dah sampai umah?
Ibu : Jauh lagi. Asyraf cuba tengok tuh. Pokok tumbang, pokok dah mati.
Asyraf : Oh, pokok dah mati?
Ibu : Pokok dah mati.
Asyraf : Abam buat? *
Ibu : Bukan, abang tak buat.
Asyraf : Asyraf buat?
Ibu : Bukan, Asyraf tak buat.
Asyraf : Ibu buat?
Ibu : Bukan, ibu tak buat.
Asyraf : Adik Adam buat?
Ibu : Bukan, Adik Adam tak buat.
Asyraf : Ayah buat?
Ibu : Bukan, ayah tak buat.
Asyraf : Asyraf buat?
Ibu : Bukan, Asyraf tak buat. Pokok tuh mati sendiri.
Asyraf : .......
Ibu : Sapa-sapa pun tak buat. Pokok tuh mati sendiri.
Asyraf : Asyraf buat?
Ibu : Asyraf, tengok tuh pakcik main ball. (Distraction time!!)

* Asyraf pernah tengok lembu kena sembelih di masjid.


Citer Adik Adam

Citer 1
Adik Adam buka mata, terjaga. Bilik gelap. Ibu kat sebelah, berdengkur.
Adik Adam : Uh.
(Ibu, dah bangun ker?)
Ibu : Krooohhhhh.
Adik Adam : Uh.
(Adik Adam main keta la...uuuUUUuuuuUU)
Ibu : Hmmmm (buka sebelah mata, then tutup balek)
Adik Adam : Uh.
(Ada buku la, nak baca buku jap)
(Bintang-bintang berkelipan di angkasa....)
(Eh, ada menda besar yang gerak-gerak lah kat sana)
(Tapi ibu kat tengah, panjat-panjat-panjat)
Ibu : Adik Adam nak pegi mana tuh?
Adik Adam : Uh. Heeeee (senyum)
(Nak g kejut ayah ngan Abang Asyraf la)
(Tarik kaki ayah jap, panjat-panjat-panjat tarik selimut ayah)
Ibu : Jangan gerak ayah la, awal lagi nih. Meh tido balek (sambil letak Adik Adam supaya tido)
Adik Adam : UH!
(Tanak tido, bangun panjat balek, tarik-tarik-tarik selimut ayah)
(Bangunla ayah, bangunla Abang Asyraf)
Ibu : Haish...tak leh jadi nih. Meh Adik Adam, kita main kat luar.
Adik Adam : UH!!
(Nak  main ngan Abang Asyraf....)
(Abaaannnnggggg!!!!!)
Abang Asyraf : (Nangis dalam tido) HuuuuuHHHHhuuuuuhhhUUUUUUuuuu
Ibu : Laaariiiiikkkkkkkkkkkkkkk........


Citer 2
Nothing much, except Adik Adam can :
1) Play airplane. Practically lay on his back, with both hands holding the airplane on flying mode and making sounds like 'UuuuuuUUUUuuuuuu'.
2) Loves to play cars. Even panjat tv cabinet just to play his car on the top like Abang Asyraf.
3) A mechanic. Both brothers like to tinker with Abang Asyraf's bicycle tyres.
4) Can crawl. But when he need to move extra fast, he falls back on the reliable 'ulat movement' method.
5) Loves lagu 'Tepuk Amai-amai'. Especially loves to hold Ibu's hands and claps bagi pihak.
6) Also loves the song 'Hot dog' from Mickey Mouse Clubhouse. Both Adik Adam and Abang Asyraf will dance to the tune.
7) Loves kissing people...with mouth open, drooling...saliva all over. Ewwwww...



:)

 


Monday, January 06, 2014
 

Citer Abang Asyraf :

Citer 1
Ibu tengah kalut buat breakfast.
Asyraf : Bu, wat apa tuh? (Ibu, buat apa tuh?)
Ibu : Ibu buat breakfast. Buat kacang panggang, telur goreng, nanti leh cicah ngan roti. Seedaaapppp. Nak tak?
Asyraf : Tanak lah. Asyraf nak fries.
Ibu : Erk.....pandai demand eh.

Citer 2
Lepas pegi kedai beli dinner, ngan duit change dalam tangan.
Asyraf : Bu, nak uit. (Ibu, nak duit)
Ibu : Ok, jap eh. Nah, singgit je.
Asyraf : Otay, dua singgit. Hehehe.
Ibu : Amboi...cam Upin Ipin mu yeeeerrr.
Adam : Uh...(sambil gawang-gawang tangan)
(shayer nyer duit, mana bu?)


Citer Adik Adam :
Ayah tengah makan keropok goreng, Adik Adam tengah makan nasi.
Adik Adam : Uh.
(eh ayah makan apa tuh? Cam best aje)
(gerak ke ayah ah...alaa....ibu nih asik suap nasi la pulak)
Adik Adam : UHHH. UHHHHH.
(nak gi ke ayah, nak kopok, tanak nasik)
(gerak ke ayah la, panjat ayah)
Adik Adam : UHHHHH. UUUHHHHHHH.
(ala, mana bekas kopok nih? tadi kat sini. cari-cari-cari)
Ayah : Ibuuu...toloooonggggg
Ibu : Hehehe, adik Adam nak makan kopok yer. Nah kopok.
Adik Adam : Uh.
(I love my mom...gesei-gesei-gesei kopok)
Ibu : Baru la dia senyap, nak makan kopok rupanyer.

 


Thursday, January 02, 2014
 

Dah mula tahun 2014. Babai 2013.

Alhamdulillah, 2013 meninggalkan banyak kenangan manis. Kelahiran Adik Adam is of course one of the main memories lah.

Tahun 2014 dipandang ngan penuh ketakutan oleh ramai orang. Ada yg takut harga barang naik (of coz la naik, dah manusia makin ramai, resources makin sikit), ada yg takut kerajaan digulingkan (rasa susah kot bab nih, rakyat Mesia kan bebaik belaker), ada yang takut kena buang keja (rezeki di tangan Allah, semuga rezeki diberkati olehNya), dan macam-macam ketakutan lagik lah.

Yang pasti, 2014 adalah tahun baru yang penuh ngan pancaroba nyer sendiri. Semuga kita semua berjaya menghadapinya ngan penuh ketaqwaan dan penuh keredhaan.


Amiiinnnnnnn.


 












ARCHIVES

September 2003

October 2003

November 2003

January 2004

February 2004

March 2004

April 2004

May 2004

July 2004

August 2004

November 2004

December 2004

January 2005

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

November 2005

December 2005

January 2006

February 2006

March 2006

April 2006

May 2006

June 2006

July 2006

August 2006

September 2006

October 2006

November 2006

December 2006

January 2007

February 2007

March 2007

April 2007

May 2007

June 2007

July 2007

August 2007

September 2007

October 2007

November 2007

December 2007

January 2008

February 2008

March 2008

April 2008

May 2008

June 2008

July 2008

August 2008

September 2008

October 2008

November 2008

December 2008

January 2009

February 2009

March 2009

April 2009

May 2009

June 2009

July 2009

August 2009

September 2009

October 2009

November 2009

December 2009

January 2010

February 2010

March 2010

April 2010

May 2010

June 2010

July 2010

August 2010

September 2010

October 2010

November 2010

December 2010

January 2011

February 2011

March 2011

April 2011

May 2011

June 2011

July 2011

August 2011

September 2011

October 2011

November 2011

December 2011

January 2012

February 2012

March 2012

April 2012

May 2012

June 2012

July 2012

August 2012

September 2012

October 2012

November 2012

December 2012

January 2013

February 2013

April 2013

May 2013

June 2013

July 2013

August 2013

September 2013

October 2013

November 2013

December 2013

January 2014

February 2014

March 2014

April 2014

May 2014

June 2014

July 2014

August 2014

September 2014

October 2014

November 2014

December 2014

January 2015

February 2015

March 2015

April 2015

May 2015

June 2015

July 2015

August 2015

September 2015

October 2015

November 2015

December 2015

January 2016

February 2016

March 2016

April 2016

June 2016

July 2016

August 2016

September 2016

October 2016

November 2016

December 2016

January 2017

February 2017

March 2017

April 2017

May 2017


The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone,
And seem to stare about in mild surprise
At changes greater than they have yet known.
- T.A. Conrad


To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower,
Hold infinity in the palm of your hand,
And eternity in an hour.
- William Blake,
excerp from Auguries of Innocence.

Powered by Blogger


Disclaimer : All the information here is my own. This is my own blog, design and written by me. If you don't like whatever I written here can just go to Diablo's hell. Any feelings bruised or hurt is your own responsibility.