Wednesday, April 27, 2022
Pegi beli baju raya kat Bangi, terngiang2 suara kak Ram.... "Hah, ko kalau nak carik baju raya, gie kat Bangi Sentral ka, Bangi Gateway ka" Ingatkan daku aje...rupanya suami pun terngiang2 kata2 kak Ram...... Kak Ram, tahun ni Abang Amir bawak kitorg gie beli baju raya. Gie beli kat kedai2 belakang PKNS yang dulu selalu akak bawak tu....tiba2 teringat kat bubur kacang dia...sib baik posa. Besar la Bangi Sentral tuh. Siap ada orang beratur panjang-panjang, rupanya kedai Bulan Bintang yang viral tuh. Ramai nya orang Ya Allah, tengah hari buta dengan baby pun ramai yang beratur. Panjang wooo...dari ujung bangunan ke ujung bangunan. "Hah, kau jangan pulak gie beratur. Kang dengan anak2 kau pengsan sekali" Idok le kak nak beratur. Si Asyraf tuk duk bising nak balik....pusing2 skets si Aisyah pulak bising dahaga. Si Aina pulak tuk pusing buka penutup botol air and hisap kat Al-Ikhsan. "Yang kau bawak semua tuh buat apa? Suruh aje laki kau jaga kat rumah, kau yang pegi beli. Minta siap2 duit kat dia, kredit kad ke. Sapa suruh kau bawak semua...mana leh nak pusing2." Boleh aje kak, kitorg lepaks, Abang Amir yang masuk and check baju, hehehe. "Ikut suka kau lah. Asal kau dapat baju." ...............................kalau dia ada lagi, cam tu la conversations kitorang.... ♡o(╥﹏╥)o ♥♡ Tuesday, April 19, 2022
Ahad lepas, 17 hb April 2022, kembalinya Kak Ramlah Ismail ke pangkuan Ilahi. I'd known her since April 2008, teammate masa masuk ke EDS. Dia jaga Tivoli and Unicenter TNG. I was to take charge of Unicenter since kononnya ada cert. Tapi masa tuh dah berkarat, so pening gaks la dia review balik on what they had done and how they were troubleshooting during that time. Since wa takde keta, so kalau apa2 nak ke Bangi DC, so dia la drive kan. Balik tengah malam, awal pagi, dia la yang temankan and hantar ke Pantai Dalam. Then, I got my own car, tapi dia still temankan kalau ada issue. We moved multiple companies, multiple office locations....Anak dia dari 1, sampai ke 3. Kimi, Amreil and Sofia. Masa mengandung si Sofia, siap dah dia wfh tapi boss buat team lunch, makan Dim Sum kat Marriot (rasanye)....malam tuh balik, bersalinkan si Pia. Sampai ke sudah kitorg gelak si Pia nak makan dim sum sebelum keluar. Then daku pulak kawen, dia mai ke kenduri. Trengganu tuuu....dari anak 1 sampai ke anak 4, macam2 nasihat...always teman bila daku nak g makan nasik kari+sambal belacan kat Terminal. Setiap kali lepas pantang, mesti dia bising....tak leh minum air kelapa and nenas for 6 month, tak leh makan laksa for 1 year. Daku selalu derhaka all occasions....selalu kena marah, hehehe. On lepas bersalin anak 4, masuk ke opis dia cakap dia berhenti. Dah a few years dia nak berhenti, daku tuk asik nasihat lepaks dulu, anak2 dia kecik and still school. Tapi, yerla...kalau bukan dia, daku yang kena kick. So dia kesian kat daku yg baru lepas bersalin, dia pun berhenti. Lepas tuh, dia buat kebun durian. Sort of bising2 on how to tanam pokok, how to do irrigation, ye la bising2 menyibuk padahal tak reti berkebun pun. Then, dia jatuh kat kebun. Start sakit belakang, tengkuk...so tuk kasi tempat untuk berurut la, gie la tempat Perancis la, local la, bagai. Then 1 day, dia cakap dia g HUKM. Daku feel tak best. So around dia patut dapat result, daku call. Masa tuh waktu lunch, pkp and on the way ke Mr DIY nak kena beli stuffs. It is cancer, suspect melanoma katanya. Daku parking depan Mr DIY and sembang2....the doc is very positive, got many older patients yg recover. So kasi semangat, even tho at the time she cannot bangun duduk sendiri dah. Siap cakap, masuk ke ward yg osteo, semua sakit2 tulang. Then, after more checks, the cancer originate from paru2. How? Allah saja yg tau, dia hidup healthy, makan selalu berkhasiat, jogs and more active from me yg selalu minum kopi tekan kat opis (which selalu kena marah sebab tekan 2-3 kali). Then, start the deterioration, sekali sekala dia call, or me call, or main whatsapp. On the things that she could eat (doc suh makan aje), hubby kasi madu (dia insist nak tanya doc), kasi herbal soup (dia insist nak tanya doc gaks)...then later2 dia ada ngadu bowel movement problem, kasi a few nasihat. Then diam...daku msg dia tak jawab, ingatkan tepon ada issue. Rupanya at the time she cannot hold the phone anymore. Salah daku sbb sentiasa malas nak call, main mesg aje. Then dapat mesg dari boss Azran, yang dia dah makin teruk. So pegi melawat kejap, still can talk a bit, minta maaf and whats not. I tak reti nak cakap banyak, she looks so gaunt and pale. Last Saturday, set ngan Watie gie melawat sekali lagi, kali nih sangat2 gaunt. Cannot talk but still can hear and understand. Nampak dia senyum bila Watie sembang pasal boss dia, angguk bila Watie janji nak melawat masa raya nanti. Tapi bila sakit nya datang.....huhuhu...Teringat daku actually pagi tuh mimpi dia, sihat, senyum and keluar jalan2 makan ngan kitorg....mimpi kan...anything is possible. Then Ahad tghari, Watie informed that Shahril kasitau dah nazak. Masa tuh otw tuk setelkan pasar and stuffs. Lepas tuh around 1 or 2 pm, tengah siang ayam, tetiba hujan...masa hujan tuh dah terdetik, kak Ramlah dah takde ni. Hujan selalu mengiringi orang yang baik2. Then, Watie call sambil nangis, yeah....kak Ramlah is no more. Kak Long Kawasan, Watie always called her sebab tegas tapi sayang adik2 opis dia. Always give us food, ajak makan....Birthday daku selalu dia buat choc cake sebab dia tau daku suka yg tuh. Nasihat macam2 dari bab opis sampai ke personal issues. Kalau ada apa2 event, dia la yang ke depan and buat lebih dari yg lain. Always positive, always optimistic. Always there for us. Teringat kitorg kena marah sebab bebdk makan and tak basuh pinggan, letak kat depan almari kitorang pulak tu. Pot-pet-pot-pet, semua diam...dia g basuh then ugut tanak kasi makan dah....hehehe. Hah, bila Kak Long Kawasan marah, semua diam tak berani angkat muka. Semuga Allah mencucuri rahmatNya ke atasmu, luaskan kuburmu dan angkat azab kubur darimu. Berikan kak Ramlah tempat dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal-soleh. Saya as always, tak reti nak cakap banyak, bermadah-pujangga. But....know this.... We will always miss you Kak Ram. Friday, April 15, 2022
Dah puasa....kali nih 3 budak puasa. Abang Asyraf and Abang Adam dah puasa penuh. Alhamdulillah. Abang Asyraf cool aje. Yang tak best, dia tanak bangun sahur. Kalau dia bangun sahur tuh, event besar la. Even kalau malam sebelum tuh buka puasa ngan roti aje, still tanak bangun sahur. Tapi setiap hari balik school, masuk aje keta...Ibu, hari ni kita makan apa? Huh, dulu ibu winging aje...now kena plan pula. Abang Adam setakat ni still penuh. Ada la 1 time merengek dahaga and penat, slow talk so dia lepaks aje la. Slow and steady bang Adam, ok? Kakak Aisyah still half day. Setakat ni, ada sekali dia dapat full. Lepas tuh, merengek balik2 nak makan nasi. Laparrrrrr ibu. Hehehe, kecik lagi, leh buka puasa tapi masa abang2 buka puasa, tak leh duk kat meja, kena tolong jaga Nana. Nana, well....dia selamba aje makan biskut depan semua orang, then pegi kat abang and nak suap biskut ke mulut abang. Menjerit abang.....kikiki. Semuga abang2 dapat puasa penuh kali ni. Ibu dah jadik full housewife, so need to plan menu berbuka puasa every few days in advance. Menu hari ni? Kari telur, roti canai, sosej and roti. Hentam saja la labu...asal bebdk makan.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |