Friday, May 24, 2019
Ramadhan dah menghampiri 1/3 akhirnya. Alhamdulillah masih lagi bernafas.
Citer Adik Aina : Adik Aina dah start pegi kat Ibu Nur since Ibu kena start keja. Alhamdulillah Ibu Nur kata. Memang tak banyak nangis sampai dia pun risau. Hehehe. Every night kena makan ubat for her hypothyroid. Every morning makan Appeton. Appeton tuh kekadang termiss gaks, yg the thyroid nih tak miss lagi..cuma asik meleleh masa kasi minum ubat, hope cukup la.... Semalam gie ke klinik, berat baru cecah 3.41 kg. Increase berat cam a bit slow, and at some point, regressed. Sedih giler, but nak buat camner. Susu ayah mix ngan brand BF1. Semuga makin berat lepas nih. Berat in yellow zone, BMI in red zone, lilit kepala in red zone, cuma panjang aje in green. Ok lah tuh. Alhamdulillah setakat nih Lil' Aina masih sihat. Tapi nenek dah start risau, since all in the house start selsema and demam. Citer Abang Asyraf : Abang Asyraf semalam tetido nak tunggu buka posa. Sebelum azan, ibu and kakak Aisyah gie gerak...tak bangun. Lepas azan, kitorang pegi gerak, still tak bangun. Nak tidokan si Lil' Aina, gerak lagi...still no go. Bangun dalam kul 2 am, tetiba ibu dengar bunyik kreeeoookkk pintu. Ibu kata, "Nak pegi mana tu?", Terpisat2 si Asyraf. Tanya nak makan ke? Dia angguk2 perlahan. Makan la nasik, kicap and telur goreng, sambil garu2 gigi yang nak tercabut....kesiaaannn. Citer Abang Adam : Semalam bangun2 tido, menjerit cakap sakit kepala. Last2 ibu kata takpe, tak yah g school...tapi ibu kena g klinik...nak ikut? Dia kata nak ikut sbb tanak duk ngan nenek...nenek garang. hehehehe. Well, dekat2 nak g klinik, ibu gerak dia nak suh mandi. Meraung lagi...rupanye dia baru teringat, pasal injection. Takut kena inject. So, last sekali ibu janji nak bawak balek kfc kalau dia tido kat umah. Setel. Masa nak beli kfc, ayah kata ibu gie beli la, ayah jaga Aina. Ibu selamba masuk kfc, tapau. Takde orang lain pun. Balek umah, Adam dah tunggu kat tangga. Masa kasi kfc...baru ibu terperasan, ibu gie masuk kedai kfc masa tengahari...tapau. Patut laaaa ayah ngan girangnyer offer jaga Aina. Kalau ayah yang gie beli, mau tak pasal2 kena viral. hehehe. Citer Kakak Aisyah : So banyak mulut and kuat berleter. Boleh dia duk atas sofa sambil bebel kat diri sendiri, "Nenek sikit2 marah, sikit2 marah". Also, "Asik citer nenek aje...". Nak pengsan nenek gelak dengar bebelan dia. Garang also, sikit2 gaduh dia geget or babap abang2 dia. Ada sekali dia geget pipi Abang Adam. Sampai berbekas seharian. Issue bergaduh pasal nak tgk video kat tepon. Huissshhhh... Tadi pagi cam demam skets...bangun2 dia kata, "Mama demam". Tau la pulak dia yang dia demam. Cita2 skang, nak jadik either askar or bomba. Abes semua pak gad di tabik hormatkan. :D Semuga anak2 ku diberikan Allah kesihatan yang baik dan akhlak yang terpuji. Amiiinnnnn.... Tuesday, May 21, 2019
Resepi2 Ramadan.
1) Crab Sticks Popia Defrost the crab sticks. Wrap in kulit popia. Goreng. 2) Sausage Popia. Rebus the sosej. Potong half ikut panjang. Wrap in kulit popia. Goreng. 3) Popia Goreng. Sagat carrot and sengkuang. Wrap sekali dengan udang kering yang telah direndam dalam air panas. Wrap in kulit popia. Goreng. 4) Kastard Jagung Viral (ambil dari Azie's Kitchen) Bahan utk Puding : 1 cawan tepung kastard 1 1/2 cawan jagung manis (dlm tin) 3/4 cawan gula pasir 3 cawan air 1 1/2 cawan susu cair Campur semua bahan dalam kuali dan kacau mesra. Letak atas api yg perlahan dan kacau terus-menerus sampai adunan pekat dan berkilat. Masukkan dalam bekas, sejukkan. 5) Air Jagung Viral Bahan2 : 1/2 tin jagung krim 1/2 tin susu cair 1/2 tin susu pekat 1 jug air Masukkan semua dalam jug dan kacau. 6) Choco balls Bahan2 : 1 cup of nestum 1 cup or milo 1/2 tin of susu pekat sprinkles Gaul all bahan except sprinkles. Masukkan dalam peti ais utk sejukkan. Buat bentuk balls. Letak dalam cup, tabur sprinkles. Masukkan balek dalam peti ais. Makan.. Thursday, May 09, 2019
Ibu dan ayah dalam misi menaikkan berat si baby Aina. So, minum susu mmg bersukat. Now, ibu akan always try between 2 oz ke 3 oz setiap kali minum. Nenek selalu tegur ibu, "Udah-udah la tuh, pecah perut budak tuh kang". Hehehe. Tadi try test cuba timbang, looks like dah cecah 4 kg. Yeay! Hope penimbang tuh tak de ralat lah. Sempat la kot nak upkan berat lagi before the next doc's appointment. Doakanlah yang terbaik for Lil' Aina. Friday, May 03, 2019
Lil' Nur Aina Humairah confirmed with Hypothyroid. Need to take med for at least 3 years. Doc started her with the lowest dosage of med. Masalahnyer, nak minum ubat, separuh tumpah....so makin sikit dosage yg masuk. Dah stress ibu. Next visit, need to take more blood. Pasrah dah Ibu and Ayah. Now, Ibu is obsessed with giving Aina much much milk. Selagi dia leh minum, selagi tuh Ibu kasi. Semuga Aina semakin sembuh.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |