Tuesday, January 31, 2017
Cerita-ceriti :
Ibu kena balek awal, ada change. So amik la the boys tuh awal dari school. Balek ke umah, ada citer Thor, buka la kasi diorg tgk sambil ibu curi2 tengok gaks. Tetiba : Adam : Adam nak jadik robot. Asyraf : Asyraf jadik Abang Thor. Adam : Adam nak jadik robot and abang green. Ibu : Abang green? Mana ada abang green? Adam : Ada. Asyraf : Ada. Ibu : (Tak jadi buka laptop, carik abang green)....hah! Tuh orang jahat la. Adik Abang Thor. Tak yah la Adam. Jadik abang rambut merah tuh. Adam : Tanak. Nak jadik Abang Green and Robot! Ibu : ........(sambung buat keja) ........(both boys tengok citer.....tetiba...) Adam : Abang, jangan la pukul Adam!! Ibu : Abang Asyraf (ngan nada tinggi dan sambil pusing).....eh.....(Abang Asyraf jauh dari Adam...cener dia buat Adam?) Adam : Tak baik la. Abang jangan la pukul Adam. Asyraf : Dah Adam kan robot jahat! Pom!! Kena lagi...padan muka. Adam : Tak baik laaa... Ibu : (Laaa....diorg acting sambil tengok tiwi rupanyer....(bab robot kena belasah ngan Abang Thor kat tgh desert).....sib baik tak sempat abang Asyraf kena marah....kalau idak, naya aje).... Monday, January 23, 2017
Asyraf : Haiwan apa yang tangan dia dekat nen nen? Ibu : Huh? (Sampai cuba ingat haiwan2 dalam Zoomoo) Tatau ah..... Asyraf : Ayam! (Sambil angkat tangan buat kepak)..Kok kok kok kok kok. :) Monday, January 16, 2017
Cerita-ceriti Ibu
Last jemaat, ibu rasa tak best. Jadi, ibu pun berangan nak buat Chocolate Balls. Berjaya, tho buat malam2 sebab ada budak menangis2 nak buat kueh. Resepi Chocolate Balls Bahan2: 3 cups Dark Chocolate (coins/choc chips) 1 tin susu sejat bahan2 untuk berguling2 (koko powder/almond chopped/chocolate rice) Cara2: Kasi cair chocolate coins/chips tuh dulu. Daku letak dalam microwave aje and kasi dalam burst of 20 secs. Then masukkan 1 tin susu sejat tuh. Kacau2 then letak dalam fridge dalam 2 hours. Dah keras, korek n spoon kan keluar. Buat bulat ngan tangan. Then guling2 kan dia dalam sama ada koko powder ka (I used Vico), almond chopped ka, chocolate rice ka. Lepas tuh letak dalam kertas cup. Then masukkan dalam fridge around 1 hour, kasi keras bebetul balek. Adam nyer keja now, kejap2 buka fridge amik kueh and makan. Hehehehe. Another resepi yang Ibu suka. Crispy Ciken Wings Bahan2. Tepung salut ayam (yg dah siap nyer, ayah beli brand ape ntah tapi plastik kaler oren) Garlic powder Paprika Ciken wings Cara2. Amik ciken wings tuh, salut ngan tepung+air skets. Biorkan buat setengah jam. Masukkan tepung yang baru dalam bekas lain. Masukkan gaks garlic powder skets (kalau byk jadik masin) and paprika (banyak=sedap, tapi takut bebdk tak leh makan). Salutkan ciken wings tadi and goreng. Kalau nak dia nyer tepung byk2 melekat ala2 KFC tuh, masukkan air skets dalam tepung tadi. Friday, January 13, 2017
Simpan Resepi Tom Yum nih jap...Ibu lah yg rasa pes dia sedap. Hehehe. Tgh berangan nak buat pes dia bebyk and simpan.
Tom Yam Thai
diolah: Azie Kitchen
Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam
Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.
Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung
Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas. Friday, January 06, 2017
Alhamdulillah.
Adam tak nangis pun kat school semalam. :) Ticer cakap cuma ada accident skets, sbb dia nak yak tapi cakap too lembut sampai ticer tak dengar. Maceh ticer sbb tolong basuhkan seluar. So, semalam dah cakap kat Adam...kalau nak g toilet, carik ticer and honggaq sampai ticer paham. Err....ok tak? Elok2 masuk keta, dia tanya, "Adam tak nangis kat school, ibu beli la telur menan". Yes Boss Kecik! Terus la ibu bawak g borong skut and telur mainan. Balek umah, malam tuh siap main ngan abang dia lagi kunun2 g school. Siap ticer (abang dia la tuh), marah, "Lambat!!". Hehehehe. Tidur pun nak pakai baju school. Ibu pujuk2, tido ngan seluar school aje la. Hari nih masa on the way nak g school, Adam tanya,"Ibu, kalau Adam tak nangis kat school, ibu beli telur mainan lagi kan?" Ibu jawab, "Idokla gitu teman, bankraplah cam tuh". :) Wednesday, January 04, 2017
Berdebar...tunggu esok.
Kenapa? Sebab esok Adam kena gie School. Adam cakap dia tanak gie school. Ticer garam. Huhuhu. Abang Asyraf : Adam...Adam...Ibu Nur garang tak? Adam : Garam... Abang Asyraf : Ticer kat school lagi garang... Ibu : ASYRAF!! Tak baik cakap cam tuh..... Adam : ..............(buatmukaadamtanakgeschoolibu)...... Tuesday, January 03, 2017
Cerita-ceriti :
Citer Adik Aisyah. Nenek ada kat umah, so sementara ibu suap nasik kat abang2, nenek suap la bubur nasik kat adik Aisyah. Tengah2 syok suap, bubur abes...adik Aisyah pula tengah lapar. Nenek pun kalut la ke dapur tambah bubur dalam piring. Adik Aisyah : (Buat muka comel kat ibu yg tengah suap abang2) Ibu : Ala cian, lapar lagi yer? Jap yer, nenek g tambah. Adik Aisyah : (Mata bersinar tgk pinggan abang) Ibu : Alaaa...comelnyerrrr.....(mash la ubi dalam gulai ikan kering and suap) Adik Aisyah : Am! (kunyah2 buat lagi mata anime dia tuh) Ibu : Nah lagi.... Adik Aisyah : Am!! Nenek : Nenek datang bawak buburrr...Meh sambung makan. Buka muluuuttt.....eh, tanak? Adik Aisyah : Mmmmm...(tanak buka mulut)....(pusing2 muka) Nenek : La...tadi kata lapar, nih tanak pulak? Konpius.... Adik Aisyah : (tengok ibu ngan mata bersinar)... Ibu : (Sua tangan yang berisi ubi)... Adik Aisyah : Am!!! Nenek : Laaa....bertuah mak nyer, disuap nasik gulai kat budak nih. Ibu : Rempah cap Tarbus! Menyelerakan!! By the way, adik Aisyah pandai dah....Kalau pinggan sampai depan, jangan la harap leh makan tanpa suap kat dia. Mana leh ketinggalan kan? Hehehe. Semalam pun, dah suap nasik bubur, baby potatoes, abang dia makan nasik+kari ikan masin+kicap...pun dia nak. Siap melonjak nak lompat nenek, sib baik nenek sempat tangkap. Kalau idak ada yang terjun sofa. Cuma ibu takut perut dia tuh, dah la baby kecik, kang sakit kang....naya.... Ok, Resepi Gulai Ikan Masin. Bahan2 : Tulang Ikan Kering Talang Rempah Tarbus (1 peket) Santan Nenas+Ubi+Carrot Bawang putih+Bawang Merah+Halba Campur (Tumis darat) Caranya : Basuh dan rendam kejap Ikan Kering tuh. Then rebus ngan air sekejap, masukkan Ubi+Carrot. Kasi empuk Ubi. Masukkan santan, tunggu sekejap kemudian masukkan Nenas. Tutup api bila mendidih. Tumis darat dan tuang ke atas gulai. Tutup sekejap kasi wangi, then hidangkan.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |