Wednesday, September 30, 2015
Kampeni ada buat program Bawak Anak ke Opis.
Basically program nih untuk mencari bakal2 pekerja yang terbaru. Awal2 dah kena subliminal message, leh? Hahaha. Memula daftar both boys, pikir40x kansel sorang. Kang tak jadi keja langsung kang. So bawak si Asyraf aje lah. Pepagi dah si Adam meraung, nak ikut gaks. Huhuhu, kesian. Pagi2 sampai opis, beli bekpes dulu. Dia ingat lagi last year dia makan ape, huh...dahsyat. So beli aje menda yg sama. Naik ke cubicle, kasi dia makan sambil ibu buat keja. Dekat2 kul 9 am baru turun and daftar. Dapat goodie bags and carik tpt duduk. Seronok dia tgk ada pensel kaler. Start la mewarna. Start event suh tangkap gambar ramai2 atas pentas, lepas tuh gie dengar Storytelling pulak. Dapat la Gingerbreadman. Tghari, lunch sambil tgk katun Home tuh. Sedih Asyraf tgk akak nyer mama hilang. Sentimental sungguh la budak nih. Then, kalering the Boov. Nih aksi apa2 ntah bila ibu nak tangkap gambar. :D Dapat makan Aiskrim, dapat makan Popcorn. Suker3x. Tahun depan dia plan nak bawak adik dia sekali......kalau la ada lagi aktiviti cenggini..... Friday, September 18, 2015
For my own reference. Because of my limited RAM, need to upload this information somewhere. :) Anyway, Asyraf is having a bit of a problem with his prolonged coughing. Kesian tengok. Kalau gie An-Nur, paed akan kasi Zyrtec and Ventamol. Kalau gie Qistina, dokter akan kasi Tridine and ubat batuk merah. Nih dah berbotol minum, sama gaks. Kalau batuk teruk sangat, ibu kasi air suam + madu. Alhamdulillah, turun sikit batuk, tapi tak baik terus. Tawakal, ibu pun pergi ke farmasi, story-mory la semua kan. Berderet nama ubat yang dah try ibu listkan. Pharmacist pun mendengar dengan tekun dan angguk-angguk sekali sekala. Pharmacist kata, try this pulak. Dhatifen. Ok la, ibu pun bawak balek, try. Kasi sekali ngan Ventamol and Zyrtec. Alhamdulillah, after a few days, dah kurang sangat-sangat batuk. Sekali-sekala aje dengar, takde la sampai muntah2 batuknyer. Then, try la stop 1 night, batuk start kedengaran balek. Ok, noted. So kena minum the Dhatifen nih. Dah abis sebotol, pegi balek pharmacy tuh...dah abis rupanyer. Pusing punya pusing, got another pharmacy jual...Alhamdulillah. Sembang with the other pharmacist, dia kata Dhatifen nih mengandungi Ketotifen. Active ingredients untuk reduce batuk2 especially related to asthma. No side effects kalau prolonged use, especially musim2 jerebu nih. Better kasi sebelum dia start batuk, once start batuk kena include sekali ngan Ventamol/Salbutamol and all the ol, ol tuh. OOOOoooooooooooo... So, ibu pun beli and siap pesan to the pharmacist untuk re-stock. Kekekeke. Semuga Allah berikan Asyraf dan Adam kesihatan yang baik. Kotak dia as below. More information on Dhatifen/Ketotifen : http://drugs-about.com/drugs-d/dhatifen.html http://www.medicinenet.com/ketotifen-oral_tablet/article.htm Wednesday, September 09, 2015
Cerita-ceriti :
Adam masuk bilik, nampak seluar half length tuh. Tetiba dia tarik ke bawah. Ibu : Adam nak buat ape tuh? Tuh kan seluar ... Adam : Adam nak akai. Ibu : Kan ke besar tuh, Adam kecik, mana muat. Adam : ....(masukkan kaki dalam seluar and tarik naik). Adam akai. Ibu : Hahaha, cam ayah lah. Pakai laaa. Adam : (Lari keluar)....Abam!! Abam !! Ibu : (Ikut sekali keluar) Adam : (Sambil lari)...E i go....E i gooooo... Ibu : Huh, ape? Adam : (sambil lari keluar masuk) E i gooo....E i gooo...Adam cam e i go abu! Ibu : Haissshhhh.....Let it go lah sangat.... Ibu tengah suap dinner. Anak2 semua distracted. Ibu : Meh la makan. Nasik nih..ada ayam...sedaaaappp. Adam and Asyraf : (leka main block la, main kapal terbang la) Ibu : Hmmmm...cemana nih...aaaaa...meh anak2 cat ibu, mai makan. Ibu suap makanan cat. Asyraf : Miau...nih cat yg hitam tuh. Nak makanan cat ibu. Ibu : Meh2 ibu suap...ada ayam lagi...AAMMM...bagus anak cat ibu. Adam : Abu, nak anan kek. Ibu : Esok leh? Malam nih mana ibu nak carik kek. Adam : Nak anan kek. Ibu : Nanti esok ibu belikan kek yer, makan nasik nih dulu. Adam : NAK ANAN KEK! (rupa dah tensen) Ibu : ......(lost sambil garu kepala) Asyraf : Adam nak makanan cat la ibu... Ibu : Laaa...meh2 ibu suap makanan cat kat anak cat ibu nih. Adam : Ammmm...Adam anan kek. Ibu : Adeeh....cat la bukan kek. Kang tak pasal2 ibu kasi cat makan kek. Tuesday, September 08, 2015
Cerita-ceriti :
1) Citer 1 Malam before merdeka. Ibu dalam bilik. Tetiba bebdk berdua tuh berlari2 masuk dalam bilik, on the stand fan. Then tetiba berlari keluar balek. Ibu : (Garu kepala) Tetiba diorg berlari balek masuk dalam bilik sambil bawak bendera kecik. Asyraf and Adam : Negara ku....Tanah umpah nyer aaaaawah kuuuu... (sampai abis) Adam : Adam anyi! Ibu : Bagus2. Patriotiknyer anak2 ibu. 2) Citer 2. Pagi Kemerdekaan. Ibu bangun pagi, then tengok2 bebdk tuh dah bangun. Ibu : Jum2, keluar. Kita tgk perbarisan. Asyraf : Ape tuh pembawis an? Ibu : Perbarisan. Hari nih hari kemerdekaan. Asyraf Adam tengok la...besssttttt...ramai orang nanti berbaris...abang ngan kakak nyanyi lagu negaraku. Asyraf and Adam : Otay. Tunggu abt 20 mins. Dah busan2 berguling2 sambil minta kartun. Then start la event, mula ngan nyanyi lagu Negaraku. Si Adam, duduk bulat mata ikut nyanyi lagu Negaraku tuh. Then diorg seronok tgk kakak2 and abang2 main gendang, askar and polis berbaris, Upin Ipin dan Boboboi dalam perbarisan. Kesimpulannya, anak2 daku sangat patriotik. Tuesday, September 01, 2015
Asyraf with colored lori sampah. Kaler sendiri woo...gigih dia kalerkan tuh. Sebijik kaler lori sampah depan umah kitorang.
Adam with Mikael's motorcycle. Orang lain semua main kat atas, dia sorang2 main vroom vroom kat bawah. Masa nih dia tak reti lagi nak gerakkan menda tuh, sekarang nih laju aje motor tuh berjalan...menjerit2 Mak Ngah and Ibu tengok. Mak Ngah kena jadik polis trafik....kekeke.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |