Tuesday, May 26, 2015
Dah dekat nak masuk bulan puasa, tetiba teringat raya masa dulu2. Masa kecik2 dulu, rumah kitorang takde peti ais. So, kena tunggu pengumuman raya maghrib tuh. Kalau kata esok raya, then terus me and my mum pegi ke market, beli ayam. Ramai wooo masa tuh. Jenuh menunggu. Then balek, goreng ayam, buat masak merah. Ketung ketang ketung ketang, sempat la tido kejap barang 2-3 jam. Then bangun pagi and sambung buat nasik pulak, perangat lauk2. Siap2 then pegi solat raya.. Then, ayah dah beli peti ais, lega la....sempat la buat preparation awal sikit. Basically, kitorang nanti start buat persiapan awal sikit. Ramai2 buat kuih raya, then kek raya. Dulu buat kek pakai tangan semata ok, tangan sampai melepuh lah, hehehe. Teringat lagi ada 1 night tuh, tersenguk2 sambil buat kuih raya and tengok citer Children of the Corn. Melompat terkejut, sib baik tak masuk dalam adunan tuh sekali. :) Then petang nak raya tuh, kitorang start goreng ayam. 2-3 ekor gaks la, sbb kow tim nak makan 3 hari raya. Hehehe. Selalu bersiang ayam, daku la buat...then menjerit2 terkejut terpegang kaki ayam, last sekali nanti Mami or Hanum yang habiskan. Every single year.... Lepas goreng ayam, nanti Hanim and Hanum chop paha terbesar untuk buka posa. Kalau ikut depa, habih ayam diorg buat lauk buka posa, sampai kena sergah lah... Blender segala bagai and tumbuk kacang usually kerja Hanim. Kerja Hanum, potong2 and baca resepi and make sure segala bahan ada. Mami nanti also buat kuah kacang and ketupat. Mami aje yang leh anyam ketupat, kitorang nanti main pusing2 aje. Then Mami kata mahal sangat daun ketupat tuh, so mami stapler plastik buat ketupat sendiri. Then since ada some times ketupat either jadik keras or lembek, last2 Mami beli la ketupat Adabi. Hehehe, sampai la skang... Lauk kegemaran daku is masak merah Mami. Nih spesel nyer masak merah, kena blend 20 biji bawang merah and bergenggam buah keras. Hanya dibuat sempena raya, tak kuasa nak buat masa hari2 biasa. Complicated. Duk kat dapur berjam2 for the preparation. Huhuhu. Lauk kegemaran Hanim is Daging Masak Kicap. Not the usual daging kicap, this one is kicap bercili. Daku try buat sendiri resepi nih, tapi tak menjadi2. Hanum nyer part, dia akan tentukan nasi apa dimasak for raya. Nasik Briyani ka, nasik tomato ker...or usually Hanim nanti buat onar, dia pegi potong carrot siap2, so terpaksa la Hanum buat Nasik Carrot. Hehehe. Disebabkan kitorang nanti start masa tghari, usually pukul 1-2 pagi baru habis keja. Masuk tido, then mami nanti bangun kul 4 pagi, perangat lauk2 yang dimasak semalam and then masak nasi. Mami mmg tak masak nasik malam tuh, nanti habis katanyer. Hehehe. Memang tak cukup tido...tapi sangat meriah. Then pagi raya kalut bersiap for solat raya. Sebelum solat, makan dulu ketupat and kuah kacang or nasik barang sepinggan dua. Hehehe. Balek solat raya, gi umah Cik Tun, kawan Mami. Bising2 and makan2 kat umah dia sampai tengahari then balek umah....rehat2 tgk sarkas or tido2. Hahaha, kowtime tak cukup tido semalam. Then petang tuh kitorang gie mandi laut! Best wooo....Percaya atau tidak, tepi pantai tuh nanti ramai orang, hokeh. Ramai orang beraya mandi pantai. Hehehe. I call it, Raya - Light and Easy Style... How I miss those times. :') Thursday, May 21, 2015
Habis satu opis menyanyi sekali ngan daku.... Ada sang ulat bulu Punya kaki seribu Siapa jumpa kakiku, kakiku!! Jikalau tak dapat Terpaksa ku melompat Dengan kakiku kurang satu Monday, May 18, 2015
Another kiddies resepi : Ayam goreng hitam. Potong ayam kecil-kecil. Peram dengan kicap, sos tiram dan sos black pepper. (Tak kisah la berapa lama, but for me akan simpan dalam peti ais for esok petang nyer masak) Goreng ngan minyak sedikit. Kena careful sebab agak cepat hangus. :) Hidangkan ngan nasik berkuah masak lemak or something like that. Ayam nih akan berwarna hitam dan sangat flavourful. Especially bab kulit yang rangup...nyum nyum. Nak buat makan ngan nasik ayam pun ok aje. :D Friday, May 15, 2015
Citer Abang Asyraf and Adik Adam. Abang Asyraf belajar pasal besar, kecil....big, small kat school. The words kena sebut and some hand gestures sekali. Asyraf : Ibu. Nih kecil, nih besar. Ibu : Owh, cam nih? Cam itsy-bitsy spider? Asyraf : Ha ah, cam itsy-bitsy spider. Nih kecil, nih besar. Adam : Ecil...ecar.... Ibu : Adam kecil ke besar? Asyraf : Adam kecil. Adam : Abam ecar. Ibu : Pandai anak2 ibu. Ibu? Adam : Ecil. Ibu : (dalam hati)...wah...berjaya dietku... Adam : (sambungan)....Ecar. Ibu : Hah? Adam? Ape Adam? Adam : Abu, ecil ecar. Ibu : Huhuhuhu......dah la tunjuk bab besar tuh tersangat la lebar tanganmu... Tuesday, May 05, 2015
Citer Abang Asyraf : Asyraf : Ibu, nanti leh tolong minta dokter jangan cucuk? Ibu : Kalau Asyraf tak sakit, dokter tak la cucuk. Asyraf : Nape dokter cucuk Asyraf? Ibu : Sebab Asyraf sakit, dokter cucuk tangan nak amik darah, nak masukkan ubat. Asyraf : Sakit la. Masa dokter amik jarum, sakit. Asyraf nangis. Ibu : (Pun sebak sbb nampak masa tuh akak misi tertolak balek jarum tuh masuk ke tangan dia. Dah terlampau lama sangat pakai perekat tuh, tangan pun kecik) Ibu : Asyraf kena makan ubat, nanti tak sakit, kita tak yah masuk hospital. (Tetiba iklan Astro gie ke spital keluar) Asyraf : Tapi Asyraf nak masuk hospital, nak jumpa Ultraman Zero ngan Ultraman Seven. Nanti kita masuk hospital tapi ibu cakap la ngan dokter jangan cucuk Asyraf. Tuh, cam tuh...(sambil tunjuk kat tivi) Ibu : Huhuhu....patut la minta ibu cakap ngan dokter supaya jangan cucuk... Citer Adik Adam : (Dalam spital, dah malam and semua dah masuk selimut. Since tv channel pun limited, ibu pun tengok la citer drama Melayu) Drama TV : Eh, Adam demam panas nih. Kena bawa ke hospital. Asyraf : Eh, baby Adam tuh demam. Adam : Adam tak mam (Adam tak demam). Ibu : Bukan Adam nih, Baby Adam tuh, dalam tivi tuh. Drama TV : Adam kena demam panas, denggi. Asyraf : Eh, baby Adam kena gigit ngan nyamuk, kena denggi. Adam : Adam mam, gi. (Adam demam, denggi) Babap mut. (Babap semut) EeeeeEEEeeeeee. Am mut (Makan semut) Asyraf and ibu : Hahahaha, naya semut kena marah.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |