Monday, October 20, 2014
Cerita budak berdua tuh : Abang Asyraf : Asyraf bila besar nak jadi Yukedo. Ibu : Tanak la jadik Ryukendo, jadik ustaz la. Abang Asyraf : Takleh, jadik Yukedo. Ibu : Jadik dokter laaaa. Abang Asyraf : Tuh Adam. Adik Adam : Uh (tengah check Ultraman sakit dengan stetoskopnyer) Abang Asyraf : Asyraf jadi akak misi. (Tetiba sua tangan dia tutup idung and mulut ibu) Ibu : Uh? Abang Asyraf : Tarik napas, tengok asap? Ibu : Ok2. Uhhh....huhhh...Uhhh...huhhh... Abang Asyraf : Pandai ibu kena neb. Ibu : Hahaha. Awak je yang nangis kena neb. :) Tuesday, October 14, 2014
Since Rabu, abang Asyraf demam. So, Asyraf lepaks ngan Ayah sementara Ibu kena kejar Cr, bagai. Kesian Ayah, cam nak demam gaks la jaga budak sakit. Memula ingat Jumaat malam nak balek raya, tapi since Asyraf demam lagi,so cancel aje la. Beraya la kat sini ngan Abg Shazwan ngan Mok Awe. Then start pagi hari raya, Adik Adam la pulak demam. By Selasa, Adik Adam dah cirit and muntah teruk, terkelepek. Bawak g Paed An-Nur, tutup la pulak so lari ke KPMC, Dr Afifah pulak. Dokter check2, both kena admitted. Sorang suspect Rotavirus, sorang sebab dada wheezing. So, masuk la hospital. Tengok2, team lead Ibu duk bilik sebelah, sebab Abang Kimi pun dada wheezing. Sempat la buat meeting tergempaq kejap, then dokter kejar Ibu pulak sbb Adik Adam patutnyer kena isolated. Hehehe. Duk di spital, Abang Asyraf tak suka neb, Adik Adam fobia ngan akak misi sebab asik kena cucuk. Bila dah makin sihat, Abang Asyraf leh main naik motosikal kat atas lantai, Adik Adam pulak tensen sebab dia kena ikat tangan. Alhamdulillah, after extended stay kat spital, semua makin sihat and ok. So now, we have third alternative dokter Paed yang best for the boys. Semuga anak-anak ibu makin sihat. Amiiinnnnnn.
Abang Asyraf meraung kena neb.
Adik Adam relax aje kena neb.
Seronok sebab dapat main naik motorsikal kat bawah cam abangnyer,
Ibu dah blur, kasi botol air suh main susun2 cam 'block'. So now, they love playing 'Block' ngan botol air pulak.
Baca buku. Sib baik ibu beli sorang satu...persediaan untuk balek kampung jadik bacaan untuk kat spital.
Satu hospital kenal kitorang, bilik yg ada 2 beradik.
Aktiviti kesukaan terbaru Abang Asyraf, tengok Ultraman kat henpon Ayah sampai Ayah tak leh buat keja. Hehehe. Btw, wifi diorg laju woooo....
Thursday, October 02, 2014
Citer Abang Asyraf/Adik Adam : Ibu tensen Abang Asyraf asik lari2 dalam terik matahari. Ibu duduk dalam shades and come up with a brilliant idea. Ibu : Asyraf, jangan la lari2 kat sana. Panas tuh. Asyraf : (lari, lari,lari) Adik Adam : (ikut lari, ikut lari, ikut lari) Ibu : Abang Asyraf, nih tengok nih. Abang Asyraf : Ape tuh bu? Ibu : Nih la buah pokok rhu. Abang Asyraf : Uh? Buah pokok. Ooooooo... Ibu : Cuba Asyraf tengok tuh...baaaanyaaakkkk... Abang Asyraf : Eh, banyaknyer. (Start kutip and kasi to ibu) Ibu : Ibu letak atas meja nih yer. Abang Asyraf : Ok (kutip2 lagi) Adik Adam : Uh?? Ibu : Buah pokok rhu. Adik Adam : (Pusing nak ikut kutip tapi deterred sebab dia tak suka pasir) Uh! Tuh? Ibu : Buah pokok rhu. Nah satu, tengok yang abang amik nih. Adik Adam :(Ambil and belek2) (Then, slowly sambil tengok ibu, masukkan dalam mulut) Ibu : Weeehh....takleh makan laaaa....(ambil balek) Abang Asyraf! Jangan la pegi sana, panas. Kutip kat sini. Abang Asyraf : Kejap la. Asyraf nak ambil kat sini lulu. Ibu : Mai la kat sini. Teduh. Adik Adam, tak leh makan! Abang Asyraf :Kejap la. Asyraf buat work nih. Ibu : Ok2, Nanti lepas Asyraf work kat sana, mai sini. Banyak lagi nih kat sini. Abang Asyraf :(letak segenggam atas meja and then pegi tempat yg ibu suh tuh) (letak tangan kat pinggang) Eh! Sapa sepah-sepah nih? Adik Adam : ........(sambil sembunyi belakang meja, bukan saya la) Ibu : Hah, kutip2 kat situ. Abang Asyraf : Haish! (start kutip buah2 yang bertaburan) Brilliant idea sungguh. End up Asyraf tanak balek sebab banyak sangat buah pokok rhu yang dia kena kutip. Huhuhu.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |