Thursday, January 30, 2014
Citer semalam, Abang Asyraf. Kat dalam bilik ngan ibu dan Adik Adam. Ibu dalam proses dodoikan Adik Adam. Asyraf : Bu, tengok nih, resaksa.....Oooooo... (Bunyik pintu bilik sebelah...keroookkkk, kreeoookkk) Asyraf : Apa tuh, bu? Ibu : Uh, tuh nenek. Nenek baru lepas solat. Asyraf : Nenek? Nenek kebayam? Ibu : Errr....(tak paham) Asyraf : Nenek kebayam. Gigi....(sambil tunjuk giginya) Ibu : Wakakakaka.....nenek kebayan?? Adik Adam : Ayayayaya... (Nape ibu guling-guling nih?) (Guling-guling-guling lah sekali) Wednesday, January 29, 2014
Citer Abang Asyraf Citer 1 On the way ke taska. Pemandu motosikal memotong kereta dengan laju. Asyraf : Lajunyeeerrrr. Ibu : Ha ah, lajukan. Abang nak pegi work tuh. Asyraf : Idak. Abam nak pugi kolah. (Tidak, abang nak pegi sekolah) Ibu : Oh, ye ker. Abang nak pegi taska kot. Asyraf : Idak, abam nak pugi kolah. Nak pugi keyel. Ibu : Errrr......pegi mana? Asyraf : Abam nak pugi keyel. Ibu : Errr....abang nak pegi.....KL? Asyraf : (Sambil angguk-angguk) Ha ah. Ibu : Wakakakaka. Adik Adam : Uh. (Sedapnyer keropok nih). Citer 2 Awal pagi, kat kedai Nasi Kandar Beratur. Asyraf : Ape nih? Ibu : Nih nasik kandar. Mai ibu suap. Asyraf : Tanak. Ayah. Ibu : Ayah tolong suapkan. Ayah : (suap nasi) Ibu : Sedap tak? Asyraf : Sedaaaapppp....Beshhhh..(Sambil angkat dua2 tangan dan tunjuk Best) Ayah : (suap nasi) Ibu : Sedap tak? Asyraf : Bessshhh....Sedappp...Bedap..(Sambil angkat dua2 tangan dan tunjuk Best) Ibu : Errr.... Asyraf : Bedapppp. Ibu : Ape tuh bedap? Asyraf : Beeesssshhh, sedaaaaap...bedap. Ibu : Wakakaka. Citer Adik Adam Adik Adam : Uh. Ibu : Adik Adam, nak pegi mana tuh? Adik Adam : Uh. Heee...(senyum) (Mana Ayah? Mana Abang Asyraf?) Ibu : Jangan panjat ye, nanti jatuh. Banyak barang nih. Adik Adam : Uh. (Okay) (Tapi, mana ayah dan Abang Asyraf?) (Masuk bilik la) Ibu : Nak gi mana tuh? Adik Adam : Uh. (Nak masuk bilik) (Tapiiii...apa menda kat tengah nih? Tolak-tolak-tolak) (Dah lepasssss...merangkak-merangkak-merangkak) Ibu : Adik Adam... Adik Adam : (Pusing balek) Ayayayayayaya...Heeee (Senyum) Ibu : Chak! Mana Adik Adam.... Adik Adam : Heee (Senyum) (Best la main menda nih) (Pusing merangkak, kuak-kuak-kuak, senyum kat ibu) (Pusing balek merangkak, kuak-kuak-kuak, senyum kat ibu) (Pusing balek merangkak, kuak-kuak-kuak, senyum kat ibu) Ibu : Bestnyer Adik Adam main kain tuh yer. Nenek : Habis la, masuk nyamuk la dalam bilik. Kalau kena getit ngan nyamuk, nih Adik Adam la main kain tirai. Adik Adam : Heeee...(senyum) Monday, January 20, 2014
Untuk ke sekian kalinya, daku takde akaun Whatsapp, Instagram dan Twitter. Daku juga tak enable intenet untuk tepon. :) Daku bukan giler atau technology phobic. Bukan juga berfikiran ala makcik dan nenekcik. Daku melihat di alaf ini, betapa ibubapa dan mamapapa begitu ghairah berwhatsapp dan berintenet walaupun bersama dengan anak-anak yang tercinta. Kalau sesekali terleka takpe la jugak, tapi nih memang diabaikan terus anak-anak dan asik melihat henpon/tablet. Kalau anda tak percaya, sila pergi ke klinik kanak-kanak yang berhampiran. Daku antara ibubapa yang selalu lepaks ke klinik. Daku tengok ramai ibubapa asik tunduk ke lantai dan jari mengerumit main henpon/tablet. Anak-anak pulak main mainan sendirian atau tunduk tengok tablet diorang. Kesian bila tengok anak-anak diorang tengok ibu diorang, nak tunjuk pandai solve a puzzle atau share mainan ngan budak lain, (asking for approval lah) tapi ibu tak perasan. Last sekali, budak tuh pun tunduk main sendirian, walaupun bertemankan ibubapa. Mungkin disebabkan daku baru mendapat anak di kala usia menjengok senja, jadi daku agak tersentuh ngan sifat 'tidak apa' ibubapa sekarang. Bukan senang nak kahwin dan bukan senang nak dapat anak, bila dapat dibiarkan pulak budak tuh main sorang-sorang. Bila bersama anak-anak, apa salahnya letakkan henpon disebelah dan 'be there' untuk budak2 tuh. Be involved dalam mainan dia. Budak2 selalu nak approval parents dia, "Bu, nengok nih", "Bu, pandai tak Asyraf", "Bu, nih nih" dan memacam lagi gelagat dia yang nak disuruhnya tengok. Kalau anda terlepas saat itu, pastinya ia tidak akan kembali lagi. Takde mesin back-to-the-future. Dalam masa beberapa tahun lagi, dia dah capai usia remaja dan confirm tanak kasitau anda apa yang dia buat dah. Daku bukan kata daku parent yang bagus, tapi daku cuba yang terbaik. Daku pun selalu gaks terleka tengok movie, iklan dan Asyraf kena panggil nama daku berkali2. Disclaimer : Memang ada kes2 kecemasan (for services oriented jobs) yang memerlukan pekerja glued to the handphone, tapi takkan tiap2 hari kan. ;) Thursday, January 16, 2014
Citer Abang Asyraf Citer 1 Asyraf : (Sambil pegang patung resaksa dan ultraman) Bu, nak kopi? Ibu : Nak. Asyraf : (Kasi resaksa kat ibu) Nah, kopi. (Then miming hisap straw kat kepala ultraman) Srooop, sroop. Dah abis. Bu dah abis? Ibu: Ha'ah, dah habis. Asyraf : Bu nak kopi lagi? Ibu : Ha, nak satu lagi. Asyraf : (Sambil angkat tangan sebelah dan melihat ke tepi seolah2 ordering something) Abam, kopi satu. Ibu : Erk..... Citer 2 Asyraf : Bu, nak gi mana nih? Ibu : Nak balek rumah la. Asyraf: Dah sampai umah? Ibu : Jauh lagi. Asyraf cuba tengok tuh. Pokok tumbang, pokok dah mati. Asyraf : Oh, pokok dah mati? Ibu : Pokok dah mati. Asyraf : Abam buat? * Ibu : Bukan, abang tak buat. Asyraf : Asyraf buat? Ibu : Bukan, Asyraf tak buat. Asyraf : Ibu buat? Ibu : Bukan, ibu tak buat. Asyraf : Adik Adam buat? Ibu : Bukan, Adik Adam tak buat. Asyraf : Ayah buat? Ibu : Bukan, ayah tak buat. Asyraf : Asyraf buat? Ibu : Bukan, Asyraf tak buat. Pokok tuh mati sendiri. Asyraf : ....... Ibu : Sapa-sapa pun tak buat. Pokok tuh mati sendiri. Asyraf : Asyraf buat? Ibu : Asyraf, tengok tuh pakcik main ball. (Distraction time!!) * Asyraf pernah tengok lembu kena sembelih di masjid. Citer Adik Adam Citer 1 Adik Adam buka mata, terjaga. Bilik gelap. Ibu kat sebelah, berdengkur. Adik Adam : Uh. (Ibu, dah bangun ker?) Ibu : Krooohhhhh. Adik Adam : Uh. (Adik Adam main keta la...uuuUUUuuuuUU) Ibu : Hmmmm (buka sebelah mata, then tutup balek) Adik Adam : Uh. (Ada buku la, nak baca buku jap) (Bintang-bintang berkelipan di angkasa....) (Eh, ada menda besar yang gerak-gerak lah kat sana) (Tapi ibu kat tengah, panjat-panjat-panjat) Ibu : Adik Adam nak pegi mana tuh? Adik Adam : Uh. Heeeee (senyum) (Nak g kejut ayah ngan Abang Asyraf la) (Tarik kaki ayah jap, panjat-panjat-panjat tarik selimut ayah) Ibu : Jangan gerak ayah la, awal lagi nih. Meh tido balek (sambil letak Adik Adam supaya tido) Adik Adam : UH! (Tanak tido, bangun panjat balek, tarik-tarik-tarik selimut ayah) (Bangunla ayah, bangunla Abang Asyraf) Ibu : Haish...tak leh jadi nih. Meh Adik Adam, kita main kat luar. Adik Adam : UH!! (Nak main ngan Abang Asyraf....) (Abaaannnnggggg!!!!!) Abang Asyraf : (Nangis dalam tido) HuuuuuHHHHhuuuuuhhhUUUUUUuuuu Ibu : Laaariiiiikkkkkkkkkkkkkkk........ Citer 2 Nothing much, except Adik Adam can : 1) Play airplane. Practically lay on his back, with both hands holding the airplane on flying mode and making sounds like 'UuuuuuUUUUuuuuuu'. 2) Loves to play cars. Even panjat tv cabinet just to play his car on the top like Abang Asyraf. 3) A mechanic. Both brothers like to tinker with Abang Asyraf's bicycle tyres. 4) Can crawl. But when he need to move extra fast, he falls back on the reliable 'ulat movement' method. 5) Loves lagu 'Tepuk Amai-amai'. Especially loves to hold Ibu's hands and claps bagi pihak. 6) Also loves the song 'Hot dog' from Mickey Mouse Clubhouse. Both Adik Adam and Abang Asyraf will dance to the tune. 7) Loves kissing people...with mouth open, drooling...saliva all over. Ewwwww... :) Monday, January 06, 2014
Citer Abang Asyraf : Citer 1 Ibu tengah kalut buat breakfast. Asyraf : Bu, wat apa tuh? (Ibu, buat apa tuh?) Ibu : Ibu buat breakfast. Buat kacang panggang, telur goreng, nanti leh cicah ngan roti. Seedaaapppp. Nak tak? Asyraf : Tanak lah. Asyraf nak fries. Ibu : Erk.....pandai demand eh. Citer 2 Lepas pegi kedai beli dinner, ngan duit change dalam tangan. Asyraf : Bu, nak uit. (Ibu, nak duit) Ibu : Ok, jap eh. Nah, singgit je. Asyraf : Otay, dua singgit. Hehehe. Ibu : Amboi...cam Upin Ipin mu yeeeerrr. Adam : Uh...(sambil gawang-gawang tangan) (shayer nyer duit, mana bu?) Citer Adik Adam : Ayah tengah makan keropok goreng, Adik Adam tengah makan nasi. Adik Adam : Uh. (eh ayah makan apa tuh? Cam best aje) (gerak ke ayah ah...alaa....ibu nih asik suap nasi la pulak) Adik Adam : UHHH. UHHHHH. (nak gi ke ayah, nak kopok, tanak nasik) (gerak ke ayah la, panjat ayah) Adik Adam : UHHHHH. UUUHHHHHHH. (ala, mana bekas kopok nih? tadi kat sini. cari-cari-cari) Ayah : Ibuuu...toloooonggggg Ibu : Hehehe, adik Adam nak makan kopok yer. Nah kopok. Adik Adam : Uh. (I love my mom...gesei-gesei-gesei kopok) Ibu : Baru la dia senyap, nak makan kopok rupanyer. Thursday, January 02, 2014
Dah mula tahun 2014. Babai 2013. Alhamdulillah, 2013 meninggalkan banyak kenangan manis. Kelahiran Adik Adam is of course one of the main memories lah. Tahun 2014 dipandang ngan penuh ketakutan oleh ramai orang. Ada yg takut harga barang naik (of coz la naik, dah manusia makin ramai, resources makin sikit), ada yg takut kerajaan digulingkan (rasa susah kot bab nih, rakyat Mesia kan bebaik belaker), ada yang takut kena buang keja (rezeki di tangan Allah, semuga rezeki diberkati olehNya), dan macam-macam ketakutan lagik lah. Yang pasti, 2014 adalah tahun baru yang penuh ngan pancaroba nyer sendiri. Semuga kita semua berjaya menghadapinya ngan penuh ketaqwaan dan penuh keredhaan. Amiiinnnnnnn.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |