Wednesday, October 23, 2013
Pro dan kontra ada anak yang umurnya hampir sebaya.
Pros.
1) Ada kawan untuk bermain di rumah.
Abang Asyraf dan Adik Adam suka bermain Ultraman dan Helicopter Boy/Resaksa dan manusia sejagat.
Scenario 1 :
Ultraman Max melawan resaksa dan terjatuh. Helicopter Boy pergi selamatkan Ultraman Max, "Ultraman, Ultraman, bangunnn", sambil gerak2 Abang Asyraf dan tepuk2 pipi. Kalau Ultraman tanak bangun gaks, korek telinga si Ultraman tuh, mesti melompat bangun.
Scenario 2 :
Resaksa datang menghancurkan bandar Tokyo. Adik Adam sebagai rakyat jelata menjerit, "Tolong, tolong....ada resaksa di sini" (menyanyi ala UpinIpin).
2) Comforting each other bila nak tido.
Abang Asyraf kalau nak tido, nak pegang tangan or peluk adik Adam.
3) Kawan untuk makan.
Adik Adam tanak makan Nestum, pisang, betik kat umah dah. Dia nak makan nasik lemak Abang Asyraf. Abang Asyraf pun kalau nak suap, nak makan cam Adik Adam, nasik kosong yang ibu lenyek2. Bila makan berdua, mesti makan banyak. Kalau makan sorang, asik ibu yg kena abiskan nasik.
Kontra :
1) Asik gaduh.
Ibu pusing belakang nak basuh pinggan aje, tak sampai 5 saat, "Uwaaaaaaa!!!" Adik Adam dah kena lepuk ngan Abang Asyraf sebab bermain ngan mainan yg tak sepatutnya.
2) Lambat tido.
Sorang nak main, sorang nak tido. Yang nak main nanti pegi kacau yang nak tido.
Scenario 1 :
Adik Adam dah lalok pun. Tetiba Abang Asyraf pegi, "Angun, angun...Ibu, Adik Adam dah angun". Ierlah tuh, dah dia pegi kejutkan.
Scenario 2 :
Abang Asyraf minum susu sambil lalok mata, dah berselimut kaki dan tangan pun. Adik Adam pulak dah abis minum susu, panjat bantal/ibu, pegi grab rambut Abang Asyraf sambil senyum2. "Ibu, Adik Adam senyum"....dah...dia bangun balek sambung main Ultraman and Helicopter Boy.
3) Sentiasa kena observant.
Semenjak dua menjak nih, ibu dah start kasi solid food kat Adik Adam, macam2 ibu jumpa kat tangan/mulut Adik Adam. Ari tuh kasi kacang tumbuk kat Abang Asyraf, tengok2 Adik Adam yang makan ngan sedapnyer. Then, suap ayam goreng kat Abang Asyraf, tetiba tengok Abang Asyraf pulak tolong suap ayam kat Adik Adam. So, sentiasa kena berjaga2....."mata kena ada di belakang kepala", kata orang tua2.
So, kalau you all nak tanya best atau tidak ada anak yang hampir sebaya...I would say, Yes. Sangat la interesting tengok perkembangan diorang dan perbezaan individu antara budak2 berdua tu. Tapi, semangat kena tinggi untuk menjaga diorang. Suara ibu kadang2 berkumandang jugak lah dan sentiasa kena ingatkan diri bahawa Abang Asyraf still kecik lagi, dia bukan tau yang mana boleh buat dan yang mana tidak.
Semuga kasih sayang antara Abang Asyraf dan Adik Adam berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Amiiinnnnnn....
Monday, October 14, 2013
(Ini adalah berdasarkan cerita benar) Di satu petang yang damai. Nenek dan ibu sedang melihat tiwi. Abang Asyraf sedang tido. Adik Adam sedang bermain2 ngan ibu dan ayah. Tetiba ayah bangun pegi amik ais krim Magnum Mini. Ayah : Nyum...nyum..nyum...adik Adam nak ais krim? (Amik isi vanila tuh and colek skets kat mulut adik Adam). Adik Adam : erk...(ibu tak penah offer pun, sayang ayah shayer)...nyum...nyumm.... Ayah : Nyum..nyum...nah sikit lagi, last one. Adik Adam : Nyum...nyum.... Adik Adam tunggu lagi, dan tunggu....tapi ayah dah tak kasi....so.....UWAAAAAAAAAAA!!!!!! Ayah : Eh jap, jap....nah, last one. Adik Adam : Nyumm...nyum...(mana lagi nih? sambung....) UWAAAAAA!!!!!!! Nenek : Cuba kasi Nestum, dia lapor tuh. Ibu : (Larik g amik Nestum) Nah.... Adik Adam : UWAAAAAAAAAA!!!!!!! (Tanak laaaaa) Ayah : Cepat-cepat! Amik ais krim Magnum tuh!! Ibu : (lari g amik and cepat2 makan cekelat salut tuh, amik isi vanila and kasi adik Adam). Adik Adam : Nyummm....nyumm...(nak lagi la ibu, shedap). Ibu : (rasa Nestum) Uwek, tak sedap, patut la dia tanak. Nah kasi abis ini ais krim. Adik Adam : Nyummm...nyum....(I love my family)......burp!
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |