Tuesday, January 31, 2012
Sebelum kena measles. Masa nih nenek letak dalam basket, sebab dia asik pusing nak kacau basket ajer. Lepas tuh, meraung. kekeke. Selepas kena measles. Bertompok2 hero daku nih, kesian lemah ajer. Sib baik nenek datang tolong tengokkan, so leh la bermanja ngan nenek. Skang, dah ensem balek. :) Kalau korang duduk kat area Equine Park and nak carik pokok mambu. Korang pegi ke depan pintu nak masuk area LP8 (tapi jangan masuk), jalan ke depan skets sebelum simpang ke PUJ tuh kan ada van yang jual cendol/rojak mee/laksa tuh...tengok kat tepi2 dia. Daku nampak ada sepohon pokok mambu, tapi kecik aja la. Leh la kalau dalam emergency nak buat ubat kan. Jangan la korang patahkan pulak batang dia, takat amik skets2 leh la. Thursday, January 26, 2012
Lagik citer pasal demam. Kali nih demam campak kecil pulok. Apparently, orang2 tua cakap campak nih tak berjangkit. Dokter pula cakap highly contagious. Well, whatever la kan tapi yg pasti, taska takkan terima kalau nampak bintik2, so pandai2 la yer. Budak kecik akan demam for 2-3 days. Demam kuat, around 38.5 degree Celcius and above. Kawan daku kena sampai 39.5. So, as usual lah kalau demam more than 38, kena bagi sponge bath and bg makan paracetamol for kids. Dokter kata kalau demam tinggi, leh bagi paracetamol every 4 hours, takyah tunggu the usual 6 hours. After 2 days, dia nanti kuar bintik2 kecik ala ruam gitu. By day 4 and 5, bintik2 kecik tuh akan bertambah banyak dan 'turun' dari muka/kepala ke kaki. That is good la. Tempat yg ada bintik2 tuh akan jadi sangat gatal, so kalau boleh slowly gosok2 badan dia. Also, jangan bagi kena hujan atau berpeluh, nanti lagik melarat. Make sure pengudaraan bagus dan tak panas sebab kalau berpeluh, nanti lagi rasa gatal. Nenek buat bagi mandi campuran kunyit dan daun mambu, nih untuk kurangkan gatal. Kitorang also bagi minum air kelapa supaya cepat 'turun' campak tuh (certain baby suka air kelapa nih, certain baby tak suka so pandai2 la mask dalam susu ker or any drinks dia). Apart from that, berdoa ajer la dan bersabar menghadapi karenah dia. Budak kecik akan merengek, tapi takde apa2 yang boleh kita buat. Friday, January 06, 2012
My Super Sleeping Buddy Muhammad Naddif Asyraf, umur 5 bulan. The new going to be bantal busyuk is Pooh Bear. Bantal peluk kecik ngan gambar Pooh. Kalau dapat tuh, seronok dia cubit and tarik and genggam. Kalau la hidup Pooh tuh, mau bangun berlari dah. Tapi lepas dia cubit2 menda tuh, dia peluk and tetido lena. Ayahnyer bising tanak anak tido ngan bantal busuk, tapi apa nak buat? Paling teruk pun kena bagi mandi la Pooh tuh. Laaa....dah memang baby pun. :P Thursday, January 05, 2012
Adakah schedule anda seperti saya? Bangun at 6 am, kemas sinki, perangat lauk for bekal, check bag taska and masukkan apa yang dicuci semalam, mandi, gerak Asyraf, tukar lampin, siap2 ke pejabat sambil main ngan si kecik, bla bla bla, etc. Then lastly angkut everything and antar Asyraf ke taska. Balek opis at 5:30 pm, amik si kecik dari taska, cook food/beli dari kedai, mandi, makan, tukar lampin, kemas bag taska, basuh baju/lipat baju, kemas sinki, kemas rumah serba sedikit...sementara buat semua nih, main ngan Asyraf. Then tidokan dia bila dia penat, and usually by that time ngan ibu sekali tetido. Kalau si kecik tuh behave, sempat la buat semua yg di atas. Jika tidak, select ajer a few yang important. Resultnyer, rumah daku cam kapal karam pecah. Kekeke. Is the appearance of a house important? Kepada sesapa yang cakap yes tuh, try buat semua di atas masa anak anda merengek. Kekadang tuh, Asyraf just nak main ngan ibu, but I am so busy mengemas rumah...kejap, kejap, kejap, sampai dia tertido. Sedih wooo....Anak daku hanya sorang and masa kecik hanya sekali. Priority daku always to my son lah, kalau korang...yang mana penting, time with your son atau appearance rumah? Being a single parent is really stressing and really tiring. Nasib baik, daku ada support system yang agak bagus. Kalau stress sangat, daku pegi hantar ke nenek jap sementara daku baham dinner. Why baham? Believe me, even with orang lain jaga baby, daku akan makan ngan cepat. :) During weekend, Alhamdulillah....usually ada penjaga si kecik. So sempat la daku nak sapu umah, kemas/basuh/lipat apa yg perlu. Kepada all single parents out there, my tips are as below : 1) Prioritize your tasks. Do whatever is needed first, then kalau ada masa, then do whatever that you wanted. Contoh, kemas bag taska is needed, kalau idak, berterabur barang. Lipat baju is not really that important, kalau sempat leh la buat, kalau idak postpone to other time. And another thing, cooking is optional. ;) 2) Get a support system. In my case, I got my mom and sisters. So bila dah stress, pass the baby to them for a while, sementara I take a breather. 3) Unclutter your home. This will reduce the time needed to kemas umah. Daku still doing this, tho my store room mmg semak giler. Kekeke. 4) Have a positive attitude. Jangan pikir, "Why me??", nanti lagik tensen. Pikir positive, bahawa ini adalah dugaan Allah dan masa untuk saya sendirian ngan anak saya. 5) Portionkan menda yang perlu dibuat supaya boleh disiapkan dalam 10-15 minit (masa anak daku tido). Kemas little by little, portion kan rumah anda and set to do it day by day. Contoh, ari nih kemas ruang tamu, esok kemas bilik, etc. Bila siap this daily portion, anda akan rasa anda dah berjaya achieve your goal. Ini akan beri impact positive pada diri anda dan menyumbang pada item 4). 6) Kalau still stress pasal nak kemas umah, cari agensi/orang yg leh tolong buat during the weekend. Ada banyak woo, google ajer. Nih bukan pasal pemalas, tapi daku rasa lebih penting untuk spend energy dan time main ngan anak dari asik gila mengemas umah. 7) Have a me time. Spend a few hours to your self. Buat la apa2 yang patut dan disukai oleh mu untuk mendestresskan diri. Pegi shopping ker, tgk wayang ker, baca buku citer ker, berendam dalam tub mandi ker, whatever rocks your world lah. But make sure masa nih mu tak pikir pasal menda2 yg stress tau. Yang paling penting sekali, jangan bandingkan diri ngan orang lain. Sometimes daku dengar another single parent so successful in managing time and siap sempat buat kek lagik during the free time (while, daku takder free time langsung now). Well, knows what? Every people are different, energy level, temperament...semua tuh different. You are unique, be yourself and jangan nak jadik orang lain. Kalau dia leh bake a cake masa free time dia, ko mintak beli ajer kek tuh. Leh makan ngan anak nanti. Kekeke. For other tips, surf as below : http://www.babycenter.com/0_7-survival-tips-for-single-parents_10331331.bc?scid=mbtw_post5m:1273&pe=MlV6U0VNZXwyMDEyMDEwMQ http://www.singleparentcenter.net/ http://www.buzzle.com/articles/single-parenting-facts.html http://singleparent.lifetips.com/cat/55085/single-parenting-issues/index.html
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |