Friday, August 26, 2011
Rina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kekawan dan pembaca blog ini (ada ke? kekeke) Drive/Fly/Travel bebaik balek kampung yer. Jangan speeding kang kena saman, berhati2 tau sebab byk sgt kemalangan yg berlaku sekarang nih. Jika ngantuks, stop and tidow dulu. Jika lapar atau dahaga, jangan la pulak sampai buka posa. :P Have a fun and safe travel home, guys! Monday, August 22, 2011
Dah 22 hari dah Asyraf menghirup udara yg sama ngan ibu. Macam-macam dihadapi. Jadi ibu ini, byk menyedarkan aku tentang kasihnyer seorang ibu terhadap anaknya. Daku berjanji akan lebih menghormati dan menyayangi Mami. Dengar cerita Mami masa ngandung and lepas bersalin daku dan adik2ku, sangat la sedih. Daku amat bersyukur Mami ada bersama denganku semasa sebelum, semasa dan selepas bersalin. Kalau tidak, makin huru-hara lah keadaan. I love you, Mum. Asyraf skang dalam fasa manja. Nak tido atas orang, kalau idak, dia nangis. Hehehe. Nenek tension, camna nak antar nursery nih? Aper nak buek, layan aje la dulu. Start esok baru kita start latih baby untuk tido atas cot. Ok? Nih pun menaip sambil si kecik atas riba. :D Alaaa...dia main jeling2 pulak tgk ibu dia type blog. Kawaii!!!! Thursday, August 11, 2011
Baby Muhammad Naddif Asyraf telah berjaya mengeluarkan dirinya dari rahim ibu pada tanggal 1 Ramadan aka 1 Ogos 2011. Berat 2.75 kg dan sangat perfect. Hehehe. I am a mom, kay. Of course my baby is the perfectest of all babies. Ask any mom, their son/daughter will be the most perfect ones in the world. ;P Citer nyer....pada 31 July, kul 12:30++ tengahari, tetiba air ketuban pecah. Memula ku sakit pinggang, menggelongsor la dari atas sofa. Tetiba rasa cam terkencing, tapi keluar dari 'tempat' lain. Then after pegi toilet, noticed that air lagik byk keluar. Ngan muka toya tanya my mum, camna rasa air ketuban pecah? My mum jawab, mana la mami tau, korang semua tak der pun pecah air ketuban. Dulu mami turun darah. Erk...tersenyap la daku. Tapi mmg konpem air ketuban pecah. Cam sungai gitu turunnya. Untuk pengetahuan korang, air ketuban takder kaler maupun bau. Kalau turun walaupun skets ajer, sila pegi spital cepat2. Mesti kena admit yer. Around 4.++ pm daku dah diadmit ke Hospital Putrajaya. Lepak kat sana tapi takder la sakit apa2 pun, cuma my sakit belakang tuh makin kerap ah. Tapi takder contractions kata dokter. Camna kah contractions tuh? Nurse cakap bila perut tuh mengeras. Kalau nak bersalin, kena panggil nurse kalau contractions tuh 3 kali dalam 10 minit. By 1 Ogos, 4.00 am daku dah terjaga sebab sakit belakang setiap 7 minit. Perut pun start mengeras skets bila sakit belakang daku terasa. Nurse check, dia kata diorg akan proceed ngan induce. Wokeh bebeh, guer pun di induce pada pukul 7:30 am. Dalam kul 8.30++ am lebih, rasa sakit belakang makin menjadi2...perut pun mengeras cam bola sepak setiap kali sakit belakang. But still, hanya terjadi setiap 7 minit. Sakit belakang rasa cam nak putus urat, Alhamdulillah mak and hubby ada kat sebelah bagi kekuatan. Daku minta ampun siap2 dari mami and hubby, manalah tau kan (mmg dianjurkan untuk ibu2 yg bakap melahirkan bayi meminta ampun dari suami dan ibu/ayah kerana masa ini, nyawa ibu seumpama di hujung tanduk). Sakit nak bersalin tak leh nak describe. Sakitnya, Allah sajalah yang tahu, and yg best part tuh, daku baru lalu separuh dari perjalanan. Kadar contractions ikut mesin nurse hanya 24% ajer. Masya Allah... By 9.50 am, nurse bawak trolley and usung daku ke labour room. Kat sana, kalut skets sebab rupanya serviks daku dah terbuka penuh dari dalam bilik tadi lagik, cuma diorg tak perasan. Sib baik tak terbersalin masa on the way tadi. :( Diorg asik suruh daku turunkan kaki sebab takut terbersalin walhal dokter tak sampai lagik. Kalut la diorg panggil dokter. Daku pulak dapat rasa baby dah pushing nak keluar. Sabar ajer la. By 10.15 am, baby berjaya keluar. Daku berusaha habis-habisan bila dengar dokter kata, "This is the last time we try, if cannot I have to use forcep". Luluh rasa hati. Walaupun wave contractions dah habis, ku berusaha jugak sehabis tenaga, ke titisan usaha yang terakhir. Alhamdulillah, baby dapat keluar secara normal. Walaupun dokter cakap heartbeat baby dah lemah by that time, tapi tangisan Asyraf berkumandang 1 labour room. Daku amat bersyukur mendapat dokter dan nurses yang sporting dan sabar (walaupun baju nurses hampir koyak daku tarik), kepada Hanim & Saleh dan Hanum & Kabul yang memberi sokongan padu, mami yang tidak putus2 membaca yasin dan bermunajat kepada Allah untuk kesihatan daku dan baby, kakak2, adik, abang2 dan adik ipar, Nenek (yg bagi air selusuh dan minyak selusuh), Chu Bi dan Mok da sebelah suami yang sentiasa memberikan nasihat dan semangat kepadaku, kepada suami tercinta yang sentiasa berada bersamaku sepanjang perjalanan yang menakjubkan ini (hampir patah tangan dia ku kerjakan) dan terutama sekali kepada Allah yang memberikan daku pengalaman yang tidak mungkin daku lupakan ini dan kelahiran yang agak senang. Kepada kawan2 yang sentiasa memberi nasihat dan berkongsi pengalaman, terima kasih sahaja yg dapat daku ucapkan atas doa kalian. Semuga umurmu panjang dan membesar menjadi orang yang bertakwa dan beramal soleh. Amiiinnnn...
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |