Wednesday, March 30, 2011
Betul ker pemandu wanita merbahaya di jalan? Mesti dulu masa tak ramai wanita yang memandu, tak der accident kan. Ker tak banyak accident sebab tak byk keta atas jalan? Sebagai pemandu wanita, daku rasa kenyataan Yang Berhormat (YB) Bung Mokhtar tuh terlampau bias. Daku pernah digesel oleh pemandu lelaki sampai naik ke atas divider jalan. Salah daku kah yang memandu di lane daku, or salah dia yang memandu sambil bercakap dalam henpon dan suddenly masuk ke sebelah kanan tanpa melihat cermin atau memberi signal? Kalau silap daku, mesti dia suh daku bayar, kan. Also, jangan dilupakan pemandu lelaki yang membawa van yang melanggar depan keta daku sebab dia nak cepat and cilok masuk ke lane daku tanpa sebarang salam atau melihat cermin. Yang pelik, selaju mana dia nak pegi masa sedangkan masa tuh tengah jem dan semua orang mmg tgh inching along ajer. Salah daku kah memandu di lane daku? Jangan dilupakan kebanyakan pemandu yang tak reti-reti nak bagi signal bila tukar lane, yang suka potong queue, tekan minyak bila lampu bertukar ke merah, memandu di jalan kecemasan, memandu dengan kelajuan melebihi had yang dibenarkan, mencilok ke kiri dan ke kanan, yang slalu angkat tangan bagi sign lucah, atau hon panjang2....kebanyakannya adalah lelaki juga. Owh, jangan dilupakan jugak pemandu lelaki yang melanggar x-boipren daku masa balek dari kampung sebab lelaki tersebut memandu dengan berbahaya. Dia suka menukar lane dengan pantas dan kononnya cekap tanpa perlu melihat cermin sisi dan cermin belakang; atau memberi sebarang signal. Dah lebih setahun berlalu. Dari berdating, ke bertunang, dah ke kawen, daaaahhh ke ngandung anak sulung. Bila lelaki tersebut nak abis bayar ke hubby daku, daku pun tatau laaa. Nak kata pemandu wanita merbahaya manakala pemandu lelaki berhemah adalah penipuan yang sangat nyata la. Bagi daku, sama aje antara wanita dan lelaki. Kalau berhemah tuh, ok la. Yang masalahnyer, ramai yg tak berhemah. Tgk aje la masa jem, berapa ramai yg cilok bawak atas laluan kecemasan? Atau masa nak balek ke Sri Kembangan, berapa ramai yang potong queue dan berapa ramai yang memandai membuat lane sendiri? Nak tukar lane pun, susah benor nak bg signal. Tak termasuk yang ke kiri dan ke kanan mencilok cam anak hippo pulang petang. Owh, sila jangan dikira pemandu yang Road Bully dan juga yang memandu macam bawak jet pejuang. Kalau nak kata pemandu wanita merbahaya, sila bg statistik kemalangan. Bandingkan antara accident yang melibatkan lelaki-lelaki, lelaki-wanita dan wanita-wanita. Tunjukkan bukti. Jangan bandingkan atas kepala aje. Sebab tension pemandu wanita di hadapan berhati2, di makinyer semua pemandu wanita. Awak tuh Yang Berhormat bukan Yang B*d*h, jadi pandai2 la fikir. Ntah la, kesian kawasan Kinabatangan kan. Dapat YB yang bercakap tidak menggunakan akal. Friday, March 25, 2011
Eeeee.... Semalam first time dapat rasa baby menendang. Masa tuh after pegi klinik for my massive headache problem, hubby bawak pegi lunch since it is nearly 2 pm. Was wearing my hubby's jeans (getting tighter tho) and after eating, sambil demolishing his bubur kacang, tetiba jer terasa ada menda tolak my stomach slowly dari dalam. Hehehe. Baby don't like restrictive clothes yer. Rasa sempit agaknyer kat dalam tuh. 3 kali rasa dia tolak seluar masa tghari, malam tuh rasa lagik bila daku pakai seluar yg sama untuk hantar my hubby outstation. Nampak sangat dia tak suka seluar tuh. Tapi....Levi's original tuh! My own jeans jangan cakap la, nak masuk bulan ke 3 dah tak leh butang dah. Ok la, ibu sempat beli seluar maternity kain yang soft last week, will start wearing it la. Nanti wiken nih ibu carik lagik yer. Ibu suka pakai seluar, tak der la rasa nak terselak bila ada angin...tapi baby tak suka tertekan...so....how? But....it is a nice feeling. Tho kekadang sampai terlompat ibu terkejut. Hehehe. Wednesday, March 16, 2011
Rasa tak cukup oksigen. Cam ikan goldfish jadiknyer. Semalam tido sambil sandar kat dinding....awal pagi baru pusing tido cam manusia normal. Rupanya...menda nih normal. Nama scientific, DYSPNEA. Breathlessness during pregnancy. Antara penyebabnya adalah perubahan hormon progestorone. Dan selalu terjadi pada akhir kehamilan, kekadang pada trimester pertama atau kedua...also bila baby duduk tinggi dalam uterus dan meletakkan tekanan pada diafragma, atau kembar. :) Akan berkurangan pada minggu ke 36, bila baby dah turun ke pelvis. Dah nak bersalin sangat dah masa tuh. hehehe. Bagi yg masih di peringkat awal kehamilan, disarankan untuk exercise slowly (hehehe, daku la tuh...skang tak exercise langsung dah). Tapi, sikit aje, cuba bersembang sambil exercise. Selagi leh bersembang tuh, kira ok lagik ah. Shld be ok, tetapi sila jumpa dokter jika anda mengalami simptom2 di bawah :
Tho might be guer tunggu sampai leh tarik napas dulu....skang still cam goldfish. Linx for you to refer to :
Sunday, March 13, 2011
Dah separuh perjalanan ku ini. Tinggal separuh lagi...Alhamdulillah setakat nih semua ok lagik. Semalam dapat caution skets dari my dokter. So dah kena sound, no lasak2 and buat menda berat2. Hehehe. Wokeh boss!! Panik menurut perintah. Alhamdulillah, blood tests semua ok. Takut woo, bukan takut ada penyakit sangat, yang tuh seram gaks. Daku lebih takut kalau dokter kata nak kena amik darah lagik. Mau pengsan terus. Last time pun dokter dah gelak2 tengok daku yang dah pucat tengok jarum. Tadi dah siap2 nak buat singgang Trengganu, budu dan udang halia. Aleh2 my lover balek awal and vetoed the idea. So daku relax la balek. Layan perut yang senak. Sat g, nak kena makan gaks nih. Buat pindang Penang and udang halia ah pulak. kekeke. Budu dan telur goreng pun sodap. Tapi kalau daku buat menda2 tu, mesti diet my boipren tuh nanti hancus. Kekeke. >:) Esok, cam nak pegi makan kari, ulam dan sambal belacan. Kalau buat sendiri, mau makan 2-3 pinggan sekali hadap. So tak berani nak buat ah, makan masa lunchtime aje la. Kang gemuk kang. Nih pun dah makin gemuk. BMI dah capai 24.6. hehehe. Sapa nak ikut??? Thursday, March 10, 2011
Sembelit. Antara masalah utama daku sekarang. Dulu cam clockwork, sehari 2 - 3 kali pegi membuang. Skang, dua tiga hari sekali pun dah nasib baik. Dokter cakap minum air bebyk, bykkan makan sayur dan buah, exercise, yadda yadda, bla bla bla. Ok, untuk manusia2 sepertiku yang kureng makan sayur, exercise pun jauh ayam panggang dari api barbeku, cuma try cam kat bawah nih. 1) Makan buah betik, pisang atau mempelam. Make sure kalau betik, separuh biji size sederhana sehari...kalau pisang, 2 biji sehari dan kalau mempelam masak, sebijik sehari. Bg mempelam, telan seberapa byk serat yg dapat. Jangan lulur2 isi dan buang serat dia tuh. 2) Makan buah-buahan kering seperti kurma, buah tin (fig) dan peach. Daku try makan minima 3-4 biji buah-buahan tersebut setiap hari. Kalau dapat kurma Mekah tuh, lagik besar lagik bagus. Kalu idak, kurma Giant pun boleh. 3) Bila terasa nak membuang air besar, jangan tangguhkan. Meeting ke, apa ke, buat excuse untuk ke toilet. Kadang2 kalau kita lewatkan dia, terus ilang semangat tersebut. So, if you need to go, just go. 4) Kurangkan kopi, teh atau coklat. Semuanya berkemungkinan untuk membuang air dalam badan dan mengeraskan lagi bahan buangan anda. Kalau nak buang coklat dalam tong sampah, jangan. Meh pass kat daku. Daku sanggup sembelit especially untuk Ferrero Rocher. 5) Untuk orang yg tak mengandung, masa kat dalam toilet tuh, cuba masa nak membuang tuh, sengetkan badan ke kiri dan cuba urut slow2 perut tuh dari atas ke bawah. Jangan pulak urut dari bawah ke atas. Pitam kang dalam toilet tuh. Elakkan : 1) Membaca dalam toilet. Membaca boleh mengurangkan konsentrasi yang diperlukan untuk membuang dan akan menyebabkan makin tak lawas. Tak termasuk trace of poo yang mungkin terlekat kat buku (yarkh) atau bahawa memang Nabi Muhammad s.a.w pun tak bagi lelama lepaks dalam toilet. Tuh tempat setan lepak masa azan. Yang nak pegi lepaks sekali ngan setan tuh nak buat apa? 2) Untuk yang pregnant, jangan tetiba nak makan oat bebanyak. Kalau dah biasa, baguslah dan teruskan usaha murni anda. Tapi kalau sebelum nih tak penah makan, tetiba nak makan semangkuk penuh sehari...ini akan menyebabkan anda makin susah nak membuang. Bukan apa, sistem pencernaan dah slow down masa ngandung, bila makan kuantiti serat yang tinggi, boleh menyebabkan sistem usus anda tersumbat. Kalau nak jugak, start slow...Tambah 2 sudu makan oat dalam milo ke, minggu depan, tambah jadik 3 sudu. Ingat, masa mengandung bukanlah masa yang sesuai nak test menda2 baru. Err....except baju baru dan seluar baru. Selamat mencuba. ;) Tuesday, March 08, 2011
My dreams....errr...more like nightmare occurences are increasing. Coming from a lady that always tido mati dan tak hingat apa2, this is quite a strange phenomenon. Ada nightmare pasal guer jadik botak, eksiden (someone else's died, rasa bersalah yg amat sangat walaupun i am not the cause of it), lost in a building that I cannot get out from, berdarah, kena kejor ngan antu, etc. Somehow I think that it all is only the tips of the iceberg. Aduyai. Hate the nightmares. Dah baca Al-Fatihah, 3 Quls, Salawat and yet somehow these nightmares still permeated my sleep. Asik terjaga ngan nafas yang tersekat2 dan jantung yang berdegup kencang. Dokter dalam internet cakap biasak la. Just otak menggunakan nightmares untuk compensate atas anxiety and stress yang berlaku. But then, nightmares? Sib baik ada tangan kat sebelah for me to hold. Tapi.....dulu masa guer kena demam campak, guer penah mimpi ada tangan lelaki peluk pinggang guer masa tido. Guer ingat giler mimpi tuh sampai skang. Dalam mimpi tuh guer leh teringat, apahal pulak ada tangan lelaki nih? Guer tak kawen lagik. Siap scrutinize tangan tuh, cam tangan benggali sia. Kulit agak cerah la gaks, tapi berbulu kerinting dan lebat. Guer angkat tangan tuh, berat cam nak angkat barbell. Punya la berat sampai kuar air mata masa tuh. Tiba2 guer terjaga dari nitemare bila tangan guer yang terangkat tinggi tuh terkena almari kat tepi guer. Masa tuh mmg seram sia. Dah la kita mmg tak sihat and tak leh nak larik kalau jadik apa2. Sib baik dalam mimpi tuh guer tak berpaling tgk tangan sapa. Err.... Tangan.... Errrrr..... I want my mommy!!!!!!
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |