Tuesday, October 26, 2010
Citer lawak kejap. Semalam si hanum tgh kira duit sagu hati dia...dalam kira dan mengira...buka sampul duit raya, dapat lesen memandu 3 keping. Riuh satu rumah jadiknya. Tuh ah, hanum baru start belajar memandu, dah dapat lesen. ;) Kesian makcik tuh, berhambat la pulak mami semalam trace balek nombor tepon dia. Nak bgtau kata lesen memandu dia tuh ngan kitorang. Hopefully dia tak sempat buat laporan polis lagik. Anyway, hadiah kawen yang paling berharga dan unik ah...lesen memandu untuk pengantin. Monday, October 25, 2010
Alhamdulillah, kesemua 3 perkahwinan yang dirancangkan dalam keluarga daku telah selamat dilaksanakan. Begitu juga dengan beberapa perkahwinan kekawan yang terdekat. Bukan apa, asik mendengar dalam berita macam2 yang terjadi kepada bakal pengantin....ngeri rasanya. Yang accident, yang tetiba hilang, yang melarikan diri...macam2 lah. Dalam semua, yang paling ku tak tahan...kes yang larik dari Kuantan ke KL tuh. Sanggup lagi lari walaupun tarikh nak kawen tuh dah dekat. Kalau tak mau tuh, cakap la awal2...nih buat malu semua orang. Tapi yer la, kekadang pikiran dah buntu...apa pun tak leh pikir. Tapi kepada kekawanku yang tgh membuat plan nak kawin tuh, ingat tau....jangan pulak larik ke Bukit Bintang. (Kalau lari ke sana nak beli barang2 hantaran, ok lagik la). Tensen korangnyer mak/pak andam kang. Kalau kena tempeleng ngan mak andam, ok lagik. Kalau kena tempeleng ngan pak andam??? Mau rongak gigi... ;) Semalam daku tertgk drama Taubat Nasuha, banyak gaks yang daku belajar pasal rumah-tangga nih. (Yerlah, proses pembelajaran kan masih dilakukan dengan meriahnyer). Perkara2 yang daku belajar : 1) Bersyukur mendapat suami yang tidak memukul dan memaki hamun. 2) Bersyukur mendapat suami yang menghargai isteri. 3) Menjaga maruah keluarga walaupun terdapat cacat cela. 4) Walaupun tension ngan perangai anak yang nakal, lebih baik nasihat dari belasah budak2 tuh. 5) Bersabar kalau dapat anak yang nakal nya terlebih, sebab kekadang diorg perlukan the world to explore. 6) Anak2 adalah penyeri hidup, walaupun kekadang rasa tension sebab diorg asik bising dan menyemakkan rumah. 7) Walaupun di mana sahaja, jangan buka aurat (tengok pelakun wanita dia, yang memakai tudung. jadi dalam drama nih, abih2 pun dia buat aksi nak buka tudung masa nak tido) 8) Kalau mengandung, kurangkan pegi ATM. 9) Masa mengandung, jaga supaya jangan jatuh perut dulu (ngeri daku tgk, tambah ngan mak daku nyer komen kat sebelah...dah la daku nih jenis clumsy. adehhhhh....) 10) Hidup ini sekejap sahaja, hargai lah kehidupan ini dan mereka2 yang hampir dengan kita. Daku akan cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik lagik. Insya Allah. Friday, October 22, 2010
Alhamdulillah, perkahwinan Hanum dan Kabul telah selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir. Majlis dibuat dengan agak kecil tetapi meriah juga. Kesian, pengantin kena mekap sendiri. Kekeke, tapi dah dia tanak daku mekap kan. Takut jadik cam clown dalam citer IT. ;) Semuga jodoh kamu berdua sehingga akhir hayat, dirahmati Allah dengan kebahagiaan yang berkekalan dan diberkati Allah dengan anak-anak yang ramai. Amiiiinnnnnnnnnnnnnnn.... Monday, October 18, 2010
Went to 2 weddings last weekend, sabtu kat Kuang and ahad kat TTDI. Salina and Hafriz's wedding event - Sabtu. Really sweet and cute. Buat kat Restaurant Ibu Mertuaku, with a lot of P Ramlee's pix and old stuffs. Pelamin sangat2 la sweet, kaler tema Yellow for pengantin and Blue for the family members. Aku suka bunga kat kepala si Salina, so vibrant kaler dia...even tho aku rasa pengantin dah nak sakit kepala due to the heaviness of the flowers. ;) Wawa and Arifin's wedding event - Ahad. Modern event with huge pelamin and pokok2 lip lap. Loves it, really modern but with a touch of retro. Kaler tema kelabu for family members, black and white wt a dash of red for pengantin. Suka kuih tepung pulut...nearly amik 2. kekeke. Cuma aku geram kamera phone aku nih ha, tak leh nak tangkap gambar indoor. Semuga Allah berkati both of the pengantin dan dirahmati dengan kebahagiaan sentiasa. May all of you have a lot of children. Hahaha. And now to go back to arrange and attend another wedding event, also to meet up with another pengantin baru....... ;) Monday, October 11, 2010
Soklan kenapa aku nampak tinggi dari my hubby dalam gambar...sebab aku pakai heels 3 inci. Kekeke. Loves the sandal, picked by my hubby. Simple yet sexy. ;) Anyway, I went to my close fren's akad nikah yesterday. Totally loves the soft pink dress that she was wearing, so ethereal and elegant. The ceremony itself was a simple affair yet so meaningful and symbolic of the new ties that the couple are forging. Loves the co-ordination of the flower girls and the pengiring....pink and orange, so colourful. This is the lady that had gone thru with me during the planning and the jittery part of the wedding. Due to the short period of time between our wedding, we sort of compared our plans and locations that we had scoured for our wedding stuffs, reminded each other on what were left to be bought and also calmed each other down when the going gets tough. Dearest Salina, hope that your future will be bright and full of happiness. Semoga ikatan perkahwinan antaramu berdua akan berkekalan selamanya. Aamiiiiiinnnnnnnnn. P/S: Sorry, gambar anim takder since she is the cameralady in this pix. Kekeke.
Tuesday, October 05, 2010
Majlis telahpun usai dengan jayanya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua saudara mara dan handai taulan yang hadir ke majlis tersebut. Kehadiran semua membuatkan majlis kami amat meriah. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua yang menjayakan majlis perkahwinan ini. Semua jerit perih, penat lelah, setiap peluh yang menitik, bulu kening yang terbakar, kulit yang terhiris, jari yang memerah dan selipar yang hilang adalah amat Rina hargai. Terima kasih kepada ahli2 keluarga di Trengganu yang menerima kehadiran Rina ke dalam keluarga dengan ikhlas dan meriah. Rina sangat bertuah kerana mendapat satu lagi keluarga yang amat besar dan .....riuh. Kekeke. I can foresee a lot of fun in our future. Kata bebudak, nak buat majlis Fairytale Wedding for PokNga. Well, for me, the wedding is already a Fairytale wedding. ;) Dalam kesibukan majlis kenduri, sempat jugak try a few food items kat sana, cam rojak katih, sotong celup tepung and another forbidden food item (tak leh type....kekeke). Terima kasih kepada Sasha, Farisha, Una, si kecik Dila dan yang lain kerana usaha anda mengajar Auntie Rina bahasa Trengganu. Ingat yer anak2, Masin rebing Masam rebang Manis ngeting Kita extend vocabulary Auntie Rina next trip ke sana lagik yer. ;)
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |