Monday, August 27, 2012
Masuk2 opis....ku carik my darling. Oh, my mesin kopi.....I lap u dahling. Miss u so much. Sebulan lebih kita tidak ketemuan.....Kopi tekan shatu!!! kekeke. Raya kali nih, balek ke KT. Meriah berkampung2 la kitorng. Memusing satu KT, tuh pun planning nak ke Dungun dah, tapi kesihatan tidak mengizinkan. Takpe, next taim kita pusing kay. Semua nak jumpa Asyraf, rasa cam celebrity budak tuh. Also, dapat jumpa cat, chicken...kat bandar mana ada jumpa chicken. Kalau jumpa pun kat kfc aje. ;) Sempat jugak sambut besday Asyraf combine ngan besday sepupu dia, Dilla. Bawak balek costume Rimau. Cumel siutttttt. kekeke.
Sebahagian dari family kat KT.
(Tanya kat itik di tangan) Nak kek nih, or that one?
Leh potong tak lagi nih?
Penat tangkap gambar lah....err...nape saya rasa something kat belakang?
Rupa2nya, ada sepupu2 yang sibuk nak potong ekoq Rimau Muda. "Ayaahhhh tolong shayeeee".
Moral of the story : Kita perlu menjaga harimau2 kita supaya tidak ada illegal poaching. Jika tidak, harimau tidak dapat menyambut besday ngan aman sebab asik ada sepupu yang nak potong ekornya.
;)
Thursday, August 16, 2012
Alhamdulillah!! Berjaya!!! Satu projek yg agak mencabar. Ierlah, dah dengan takde training, tetiba kena buat. Sib baik ada otai kat sini. Dia lah yang configure and troubleshoot. Sampai satu tahap, otai pun dah pening. Google is our trusted friend, tapi bila goggle error code, listing takdak. Wakaka. Event parts fall to me. Buat synch antara 2 systems. 2 kali reinstall baru okay. Chech, systems mengong. Cam nak mati t/shoot, dekat 2 minggu spend masa, last skali kitorg reinstall, dah ok. Kalau tau, dari day 1 daku reinstall balek, tak leh susah payah contact vendor yg sama mengagau ngan kitorg. Then another issue pulak, tukar 1 part configuration, dah mati balek semua. Kena reinstall balek, redo balek. Masya Allah. Last2 okay. Alhamdulillah. Nih la paling mengong nyer application. Reinstall dah berapa kali just to get it to work right. At least leh la balek raya dengan aman, clear conscience. :D Daku juga dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua. Harap ampun dan maafkan segala terkasar bahasa, terguris jiwa dan terhantuk meja. Jangan disimpan dalam hati, buang saje perasaan itu ke dalam laut. Rina juga ingin ingatkan, balek kampung atau pusing2 beraya lek lok. Drive safely. Kalau ngantuks, berenti tido. Kalau tersangkut dalam traffic jam, bawak mengucap dan makanlah Kit Kat. Tapi bab makan tuh, make sure la waktu dah lepas berbuka. ;) Have a fun Raya for Muslims and a restful long holiday to others. Tuesday, August 14, 2012
Huh, cepat tak cepat, dah masuk minggu ke 13. Alhamdulillah. Dah nak raya ujung minggu nih. Yang pasti, tak sure raya kali nih leh makan apa. Dah la nak ke negeri masak singgang dan tumis. Uwaaaa....both masakan tuh chek tak leh hidu pun. Bang, kita buat masak kari kepala ikan pepagi raya tuh, ok tak??? Monday, August 13, 2012
Uh, new game Asyraf....tolak bag balek kampung across rumah. Bag besar okay! Bila dia tak leh nak tolak, dia bunyik "uhuhuh", suh ibu tolong tolak sekali. Kekeke. Also, abis ifong ibu ngan ayah dia main tolak2 atas lantai. Tolak dari ujung umah ke ujung umah ok. Haishhhhhhhhhh......Sib baik ayah tak sempat beli ipad.... Pandai memanjat dah, abis semua menda di panjat nya. Melekat pulak tuh...kagum2. Kalah spiderman ngan cicakman melekat dia tuh. Cuma sekali la dia jatuh meja, tapi sempat sambut cuma terkejut aje la. Hah, masa tuh dia tau nangis. Tak sampai 10 minit kemudian, dia panjat balek. :D Punggah memunggah, jangan cakap. Kita baru lipat baju and letak dalam bekas dia, sat lagik dia panjat and korek balek. Abis berterabur baju2 tuh. Pandai dah cakap a few words, among yg dia cekap are Cat, Ayah, Bird, Am (makan). Tapi yg paling best masa tgk Olympics, orang main anything related to bola, masa shoot dekat ngan org ngan ball tuh, dia siap angkat tangan minta ball diorg. Confirm anak daku nih peminat bola. :D Kat kedai kalau nampak ball, terpusing2 nak pegi amik. Paling suka kalau kita pegang both tangan dia, dia akan angkat kaki nak tendang ball. Walhal, jalan pun tak pass lagi. Haish.....rasa cam nak balek main ngan Asyraf lagik ah. Tak cukup 1 weekend. Tuesday, August 07, 2012
Innalillah. Abg Shukri, suami Kak Edah sudah kembali ke rahmatullah pada tengahari, Ahad 5 Aug 2012. Semuga beliau dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman. Al-Fatihah. Sorang lagik ahli keluarga extended disyaki cancer juga. Masya Allah, jaga kesihatan pun leh dapat cancer. Kesimpulannya, makan apa yang kamu nak, buat apa yang kamu nak (dalam batas2 adat dan agama lah) kerana cancer tidak memilih manusia. Semuga beliau sembuh dari penyakitnya ini. Amiiinnnnnnn. On a bright note, Lee Chong Wei dapat silver in Badminton, Olympic. Ok la tuh, dia dah berusaha bersungguh2. Lin Dan is not calang2 orang. Yahoo for LCW. Tak orok. Penat sentiasa. Tido kan si kecik, silap2 tertido sekali. Bangun sahur asik minum glucose sbb need energy nak siapkan si kecik for taska and kemas2 apa yang sempat. Takut ada side effect la pulak nanti. Haishhhhh........ Wednesday, August 01, 2012
Muhammad Naddif Asyraf sudah mencapai umur 1 tahun. Happy birthday sayang. Alhamdulillah. Dah besar dah anak ibu. Semuga Asyraf membesar menjadi anak yang soleh dan diberkati Allah sentiasa. Amiiinnnn.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |