Monday, September 20, 2010
Terima kasih kepada semua yang sudi datang untuk menyerikan majlis Rina, yang memberikan hadiah dan yang mendoakan Rina dari jauh. Maaf atas segala kekurangan dan kesulitan yang dihadapi. Actually makan beradap tuh cadangannya dibuat pada pukul 2 petang, tetapi disebabkan terdapat saudara yang terpaksa balik awal, maka majlis dipercepatkan ke pukul 11. Maka berterabur lah sedikit. Maaf yer atas ketidaksempurnaan penyelenggaraan kami. Tapi, Rina amat bersyukur kerana majlis berjalan dengan elok tanpa sebarang kesukaran yang besar. Alhamdulillah. Seperti biasa, hampir keseluruhan majlis dibuat sendiri. Dari tirai di belakang pentas, bekas-bekas hantaran, bunga atas meja, pengubahsuaian bunga sabun yang diberikan sebagai door gift kepada tetamu dan penanda buku yang diberikan kepada meja makan beradap. Atas semua kulit yang terbakar, darah yang menitis, air mata yang mengalir dan lebam-lebam yang dihadapi oleh semua orang yang menolong Rina, semua kerja-tangan tersebut amatlah dihargai. Terima kasih yang amat tinggi atas pertolongan anda. Kepada keluarga Rina, maafkan Rina atas my temper tantrums. Panik juga bila banyak benda yang tidak berjalan seperti yang dijadualkan/dicadangkan. Banyak benda yang disiapkan pada saat terakhir. Tapi yang banyak menguji jiwa adalah bila terdapat perselisihan adat antara dua belah negeri, iyerlah Pulau Pinang dan Trengganu, jadi Rina ambil jalan tengah, mellow kan adat supaya tidak terlalu mengejutkan dan menyusahkan pihak Trengganu. Akhirnya sampai apa pun takder, siap kena sound with my own family. Maaf kan Rina yer Pulau Pinang. Berbanyak terima kasih kepada keluarga Pakcik Shahril dan Cik Yah, keluarga Kak Edah, Salina, Kabul dan Salleh kerana telah sudi berhempas pulas untuk menjayakan majlis Rina. Tanpa semua, majlis ini tidak akan berlangsung dengan sepantas dan semeriah yang terhasil. Majlis perkahwinan telah berlalu, sekarang bermula lah lembaran baru dalam hidup ini. Selama ini hidup sendirian, sekarang sudah berdua.....maka banyak penyesuaian yang perlu dilakukan. Rina pohon agar kawan-kawan doakan jodoh kami berkekalan dan bahagia selamanya. Banyak lagi yang Rina perlu pelajari dan dugaan yang perlu diharungi. Ya Allah, tabahkan lah hati kami dalam menjalani kehidupan yang baru ini. Amin.
2 Comments:TAHNIAH My Friend.. Lepas ni ramai yang mendoakan supaya cepat dapat baby lak .. including me! Selamat menempuh alunan rumahtangga ! By Rimaugirl Wahir Jaafar, at 10:50 AM Thnx dear. :) Amiiinnnnnnnn.
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |