Wednesday, December 09, 2009
Seorang kawan berkata, "Lelaki ini seumpama pemburu, kalau senang dapat dia akan abaikan, tidak ada thrill". Betulkah semua lelaki sukakan cabaran? Perlukan thrill? Well, okay. Kalau asyik main tarik tali, kemudian sesuatu terjadi, dan Rina di ambang maut....Rina tidak mahu pikiran terakhir Rina adalah, "AKU SAYANGKAN DIA, TAPI AKU TAK SEMPAT MEMBERITAHUNYA". Rina telah melihat kelibat maut, dan Alhamdulillah masalah itu tidak seteruk yang dibayangkan. Tapi kelibat maut itu telah menyedarkan Rina, bahawa terdapat orang yang Rina sayang, tapi tidak pernah di beritahu. Mungkin ego, mungkin malu...tapi mulai hari itu, Rina berazam bahawa sesiapa yang Rina sayang, akan tahu perasaan Rina. Adakah itu bermakna tidak ada thrill? Adakah sebab Rina pikirkan bahawa kehidupan ini terlalu pendek, dan maut boleh menjemput di setiap ketika, maka kasih Rina adalah murah? Sayang Rina tiada makna? Jika cabaran itu lebih bermakna, maka pergilah. Carilah cabaran itu sehingga ke ujung dunia. Semuga mata dan hati anda sentiasa tertutup dari mengetahui bahawa cabaran tidak akan dapat menyayangi anda dengan penuh tulus sehingga ke akhir hayat, tidak akan dapat memegang tangan anda untuk sokongan di masa anda memerlukannya, tidak akan dapat mengusap titisan air mata di saat anda ingin menangis. Dan Rina akan sentiasa memberitahu kepada orang yang Rina sayang bahawa Rina sayangkannya. Itu adalah diriku, dan bagiku ia adalah lebih berharga dari mengejar cabaran yang tidak menjanjikan apa-apa atau bermain tarik-tali dengan perasaan orang lain. Kalau perlukan thrill, pergilah lompat masuk ke dalam kaldera di Tangkuban Perahu. ;) 1 Comments:
Like it. :)
|
|
|
The race of man shall perish, but the eyes
Of trilobytes eternal in stone, And seem to stare about in mild surprise At changes greater than they have yet known. - T.A. Conrad |
To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. - William Blake, excerp from Auguries of Innocence. |